Nuffnang

HINA ISLAM : Teman Wanita Alvin Bersalah, Didenda Mahkamah


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengetepikan hukuman penjara lima bulan 22 hari ke atas Vivian Lee May Ling yang didapati bersalah mempersenda umat Islam dan kemuliaan Ramadan, lima tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak menggantikan hukuman berkenaan dengan denda RM5,000 terhadap Vivian, 29, yang juga bekas teman wanita blogger kontroversi, Alvin Tan Jye Yee.

Mohd Sofian memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan Vivian yang diwakili peguam Chong Joo Tian untuk mengetepikan hukuman penjara dijatuhkan Mahkamah Sesyen pada 27 Mei 2016.

Mahkamah sekali gus menolak rayuan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin, supaya hukuman terhadap Vivian ditambah.

Vivian turut berdepan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Terdahulu, Mohd Sofian menasihati Vivian supaya tidak mengulangi kesalahan sama dan memberi amaran dia akan dikenakan hukuman lebih berat jika melakukannya.

Sementara itu ketika ditemui media di luar mahkamah, Wan Shaharuddin memaklumkan pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan berkenaan di Mahkamah Rayuan, Khamis ini.

Vivian dan Alvin didakwa menerbitkan satu penerbitan menghasut berupa gambar dan komen bertajuk ‘Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh…wangi, enak, menyelerakan!!!)’ yang mengandungi logo halal dalam laman Facebook mereka.

Mereka didakwa bersama-sama melakukan kesalahan itu pada jam 9 pagi 13 Julai 2013 mengikut Subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Alvin melarikan diri ke Amerika Syarikat bagi mendapatkan perlindungan politik dan mengelak daripada ditahan pihak berkuasa Malaysia.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top