
Pihak Polis Diarah Tahan Yusuf Azmi PPIM? Ini Jawapan Ketua Polis Selangor

Klip video memaparkan seorang aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa polis diarah oleh pihak tertentu untuk menangkap beliau, disebar semula untuk membangkitkan kegusaran dalam kalangan masyarakat, kata polis.
Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata klip video itu dikitar semula di media sosial, yang mana sebelum ini ia menjadi tular dan dikaitkan dengan tindakan aktivis itu, Yusof Azmi melakukan perbuatan menceroboh.
“Video itu disebar semula dengan agenda tertentu untuk membangkitkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.
“Segala tindakan pihak polis adalah bertepatan dengan tuntutan undang-undang dan tidak ada kaitan dengan sebarang bentuk tekanan atau arahan daripada mana-mana pihak,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Yusof bersama seorang lagi aktivis PPIM, Ali Salimin didakwa di Mahkamah Sesyen di Kajang sebelum ini atas kesalahan menceroboh premis sebuah syarikat kenderaan pajak pada 10 Julai tahun lalu bersama pemilik kenderaan berkenaan.
Tindakan itu selepas mereka menerima aduan daripada pemilik kenderaan yang mendakwa ditipu dalam proses pajakan sehingga menerima notis bank berkaitan tunggakan bayaran bulanan kenderaan masing-masing.
Mazlan berkata kedua-dua mereka ditawarkan jaminan RM5,000 setiap seorang dan kes masih lagi dalam proses perbicaraan.
“Orang ramai juga diingatkan supaya tidak membuat sebarang komen kes-kes yang masih dalam perbicaraan.
“Selain mewujudkan ‘sub judice’, kenyataan sedemikian juga boleh mengganggu ketenteraman awam,” katanya.
- SUMBER
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



world s first tri fold the huawei mate xt ultimate...

what the jalur gemilang truly means to me

5 tips cari kerja remote work from home

mcmc selesai siasat kwong wah sin chew isu jalur g...

trading for living jalan hidup setelah satu dekade...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....