Nuffnang

CARI PASAL : Mukhriz Dimurkai Kerabat Diraja Brunei!!!


Di bandar Brunei Darussalam semalam, Kerabat Diraja Brunei dan DYMM SPB Sultan Brunei dan rakyat Brunei tersinggung dengan perangai Mukhriz Mahathir yang mempermainkan nama negara Brunei. Mereka mahu Mukhriz memohon ampun. 

Kerabat DiRaja Brunei sangat murka kerana cara Mukhriz mentertawakan Brunei dan mempermain-mainkan nama Brunei. Mereka tidak gembira dan mahu Mukhriz memohon ampun kepada DYMM SPB Sultan Brunei.

Mereka kata Mukhriz bukan rakyat Brunei. Janganlah kerana hendak jadi Perdana Menteri menyalahgunakan nama negara Brunei. Brunei negara berdaulat kata mereka.

Mukhriz Mahathir mengakui beliau berdepan dengan krisis identiti apabila berada di luar negara. 

Anak sulung bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu berkata dirinya malu untuk mengakui berasal dari Malaysia selepas imej negara di mata dunia semakin tercalar.

Menurut laporan Sinar Harian, Mukhriz berkata beliau sedih apabila Malaysia kini hanya dikenali akibat salah laku pemimpin negara dan bukannya kerana kemajuan.

“Waktu pi (pergi) luar negara atau umrah dan ditanya dari negara mana, saya malu mengaku dari Malaysia, tapi jawab dari Brunei.

Setelah dikritik hebat oleh netizen dimedia-media sosial, Mantan Menteri Besar Kedah, DS Mukhriz Tun Mahathir cuba membuat 'u-turn' dengan mengatakan bahawa kenyataan beliau telah tersalah tafsir.

Waima Facebook Brunei Darussalam sekalipun malu untuk mengaku Mukhriz Mahathir sebagai Rakyat Brunei walaupun beliau terhegeh-hegeh membuat pengumuman terbuka, Mukhriz Mahathir bertindak seperti gurunya, Joseph Lim Guan Eng untuk taichi kesalahan kepada media kerana tersalah tafsir.

Sepatutnya beliau belajar dari Bapanya sendiri. Gunakan alasan tak ingat, tak tahu dan tak dak siapa bagi tahu. Mukhriz Mahathir kata portal Sinar Harian 'misquoted' sedangkan Sinar Harian adalah penyokong kuat pembangkang terutama PPBM dan berita yang sama turut disiarkan oleh banyak media lain.

Jangan risau Tuan-Tuan. Kami tidak buat fitnah. Kami ada video rakamannya seperti di bawah. Nak nafi lagi?
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top