Nuffnang

UNDI MELAYU : Kejayaan DAP Di Sebalik Rebahnya Seorang Negarawan


Dalam politik apa yang terzahir adalah tidak sama dengan apa yang di hati. Semuanya penuh muslihat dan tanda tanya. Hari ini kawan, hari esok jadi lawan. Hari ini Negarawan, esok lupa mungkin pengkhianat atau penderhaka. Segala-galanya tidak mustahil demi meneruskan kelangsungan politik dan cita-cita mereka.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang didesak untuk tampil memberikan penjelasan serta membuat penafian terhadap dakwaan penganalisis politik, Raja Petra Kamarudin kononnya beliau menerima RM 1 bilion daripada Mahathir Mohamad.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menyuarakan perkara berkenaan kerana beliau percaya rakyat mahu tahu kebenaran dan kesahihan di sebalik dakwaan berkenaan. Andaikata perkara ini tidak betul, Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Kit Siang perlu menyaman Raja Petra Kamarudin kerana memfitnah mereka.

Sebelum ini Raja Petra menerusi portal Malaysia Today mendakwa kononnya Mahathir memberi Kit Siang RM 1 bilion bagi membolehkan beliau menjadi Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP. Tetapi sayangnya Mahathir masih belum sedar diri kerana pada hakikatnya Mahathir tidak akan menjadi Pengerusi Pakatan Harapan yang ketuai DAP kerana DAP yang mendominasi Pakatan Harapan selama ini.

Buktinya dahulu Mahathir menakutkan orang Melayu dengan menyatakan bahawa negara akan menjadi celaru dan huru hara jika DAP berjaya mengambil alih pemerintahan negara dan Lim Kit Siang menjadi Perdana Menteri. sudah pasti mereka akan menggunakan kuasa yang mereka ada untuk kepentingan kaum Cina dan mengabaikan orang Melayu. Sebaliknya pada hari ini segal-galanya berubah Mahathir telah menjadi alat kepada Lim Kit Siang serta membawa masuk parti baru Parti Pribumi Bersatu. Mahathir punca berpecahnya orang Melayu seterusnya memimpin parti pembangkang sedangkan pada hakikatnya dikuasai Lim Kit Siang dan DAP.

Lim Kit Siang begitu bijak mempergunakan Mahathir sebagaimana yang beliau pernah gunakan Nizar ketika menjadi Menteri Besar Perak dan ramai lagi pemimpin-pemimpin Melayu sebelum ini. Mahathir dipergunakan oleh Lim Kit Siang juga untuk terus dapat menguasai pemikiran rakyat untuk terus dilihat sebagai berkuasa walaupun pada hakikatnya Mahathir sendiri dikuasai oleh Lim Kit Siang.

Lim Kit Siang begitu memahami kebijaksanaan dan kepintaran Mahathir memecah-belahkan rakyat terutamanya orang Melayu dan Lim Kit Siang akan mengambil peluang ini untuk mengalihkan pengundi Melayu untuk kembali memberikan sokongan dan undian kepada pakatan pembangkang yang dikuasai oleh DAP.

Lim Kit Siang tahu kepakaran Mahathir di dalam menarik sokongan dan undian orang Melayu dengan kaedah pecah perintah tanpa orang Melayu sedari, Lim Kit Siang berharap Mahathir dapat memecahbelahkan struktur kekuatan UMNO. Lim sedar bahawa orang Melayu sangat taksub kepada Mahathir dan Lim bukannya bodoh jika pada masa sekarang ini Mahathir menyerahkan tengkoknya untuk diperhambakan dan diperlembukan.

Kita orang Melayu seharusnya sedar bahawa walaupun Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP mendakwa kononnya Mahathir yang akan menjadi Perdana Menteri jika pembangkang iaitu Pakatan Harapan menang dalam Pilihan Raya Umum nanti namun apa yang perlu kita orang Melayu perlu sedar ialah Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP tidak mahu menjadi pemerintah tetapi DAP mahu menjadi penguasa kepada pemerintah.

Kesimpulannya, DAP tidak berebut dan gila kuasa mahu menjadi pemerintah tetapi DAP mahu menjadi penguasa kepada pemerintah kerana orang yang memerintah tidak boleh menentang orang yang menguasai pemerintah, sejarah dan negara yang pernah melaluinya.

- SUMBER
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top