Nuffnang

RASIONALISASI PEMBANGKANG : 700 Ribu Penjawat Awam Bakal Ditamatkan Perkhidmatan!!!


Pada 3 Oktober 2017, Datuk Seri Najib telah mengumumkan beberapa berita baik akan diterima oleh penjawat awam untuk seluruh 1.6 juta penjawat awam dalam Bajet 2018 yang akan dibentangkan pada 27 Oktober ini.
Datuk Seri Najib juga menyatakan pembangkang di Malaysia menuduh penjawat awam di negara ini sebagai “bloated civil service’ atau terlebih bilangannya berbanding negara lain.

Pada 24 Oktober 2016, Tony Pua, Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara menyarankan agar kerajaan membenarkan sebahagian penjawat awam terus dibayar gaji, tetapi mereka tidak perlu bekerja bagi mengurangkan masalah lambakan penjawat awam.


Tony Pua menyifatkan jumlah penjawat awam di Malaysia adalah terlebih berbanding negara lain. Ahli Parlimen DAP itu bercakap demikian dalam satu forum berbahasa Mandarin bertajuk ‘Menganalisis Bajet 2017” di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur.

Kalau penjawat awam yang sedia ada mahu disuruh duduk dirumah, siapa yang akan jadi penjawat awam kalau Pakatan Harapan berkuasa? Sudah pasti salah seorang yang akan masuk adalah Ustaz Wan Ji yang baru berkhidmat dengan Guan Eng di Pulau Pinang.

Inilah cadangan yang dibuat oleh DAP. Anggap penjawat awam di Malaysia yang jumlahnya 1.6 juta sebagai membebankan. Anggap peruntukan RM76 billion setiap tahun bagi gaji dan elaun kakitangan awam sebagai membebankan.

Malah Penang Institute yang dibiayai oleh kerajaan DAP Pulau Pinang pernah mencadangkan agar penjawat awam dibuang sejumlah 1.2 juta orang. Pada 22 Oktober 2016, ketika menganalisis “Bajet 2017”, Penang Institute menyatakan terlalu banyak wang diperuntukkan untuk perkhidmatan awam.


“Menggunakan nisbah KDNK kepada penjawat awam seperti di Jerman, ini bermakna Malaysia, yang mempunyai KDNK AS$375 bilion, hanya perlukan 430,000 penjawat awam,” kata Penang Institute.

Bermakna jika mahu kekalkan hanya 430,000 sahaja, maka sejumlah 1.2 juta orang penjawat awam akan kena buang kalau Pakatan Harapan berjaya masuk ke Putrajaya.

Antara perjuangan retorik dan ‘umpan’ undi dari Pakatan Harapan adalah mahu menggantikan 6 peratus kadar GST. Namun mereka tidak berani untuk hapuskan keseluruhan sistem cukai itu kerana mereka tiada plan kontigensi yang lebih baik.

Bila ditanya bagaimana hendak menggantikan hasil GST sejumlah RM41.2 bilion yang dikutip pada tahun 2016 kalau Pakatan Harapan memerintah, pembangkang gagal untuk memberikan sebarang alternatif.

Kalau dilihat dalam Bajet Alternatif yang dibentang pembangkang pada tahun lepas, semuanya ditulis “tiru” bajet yang dibuat oleh Barisan Nasional. Lihat pautan ini, bagaimana pembangkang membuat bajet yang fantasi dan menipu rakyat semata mata ;

https://beruangbiru1.blogspot.my/2016/10/bajet-beza-fantasi-pembangkang-dengan.html#.WdXgC8Zx3IU

Menurut sebuah laman blog pro pembangkang Suara Pakatan Harapan, setiap tahun kerajaan membayar sehingga RM72 bilion untuk gaji dan pencen seramai 1.7 juta orang. Jika 700,000 penjawat awam dipecat serta merta, kiraan kasar menunjukkan sejumlah RM36 Bilion boleh dijimatkan.

Mungkin inilah alternatif pembangkang mahu menampung hasil pendapatan negara melalui GST dengan mengorbankan hampir separuh penjawat awam yang ada pada hari ini. Dalam kiraan ini, tidak mustahil beberapa agensi yang sudah ‘dalam senarai’ pembangkang mungkin akan terus dibubarkan.

Agensi yang membuatkan Pakatan ‘panas’ adalah seperti JASA, JPAM, BTN, MARA, KEMAS, JAKIM, RELA dan beberapa lagi agensi akan dibubarkan untuk tampung kekurangan hasil GST. Jabatan Penerangan mungkin tidak akan dihapus kerana Ustaz Wan Ji akan duduk disitu menjadi Ketua Pengarahnya.

“Kakitangan awam tertinggi di dunia” kata Lim Kit Siang pada 24 Oktober 2013. Dalam Sinchew Daily News pada 1 November 2011, Tony Pua pernah berkata jika pembangkang dapat perintah kerajaan pusat, maka satu projek yang dinamakan “Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam” akan dilaksanakan bagi mengurangkan kakitatangan awam pada setiap tahun.

Betapa bencinya DAP terhadap kakitangan awam yang berada di Malaysia. Benarlah apa yang disebut oleh Datuk Seri Najib, “Bayangkanlah apa akan terjadi kepada untung nasib sebahagian besar penjawat awam, jika pembangkang dibiarkan memerintah negara?”

“Sanggupkah anda mempertaruhkan masa depan sekalian dan anak cucu keturunan kita kepada pihak sedemikian” kata Datuk Seri Najib. Sudah pasti rakyat Malaysia tidak sanggup melihat kegilaan DAP untuk membuang penjawat amam ini menjadi kenyataan.

Ada yang cadang buang sampai 1.2 juta, ada yang cadang buang 700,000 orang dan ada yang kata suruh penjawat awam duduk rumah sahaja dan kemudian buang mereka. Hanya semata mata hendak tampung kekurangan hasil GST, maka penjawat awam kena buang oleh pembangkang. Jangan biar hasrat DAP ini tercapai.

Tulisan :
Beruang Biru
BB602, Khamis
5 Oktober 2017
Share this article

1 Komen:

  1. Pakatan bukan nak mensejahterakan rakyat tetapi sebaliknya hanya pentingkan diri sendiri dan kroni.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top