Nuffnang

TAKE BEER!!!! Begitu Mudahnya Rakyat Selangor Diperbodohkan?


Take Beer!!!! Penganjur pesta arak yang diharamkan untuk mengadakan “Better Beer Festival” pada Oktober ini telah menukar nama pesta tersebut kepada festival makanan "Centro Mall German Food & Beverage Festival".

Walaupun penganjuran Festival Makanan yang akan dianjurkan pada 12 dan 13 Oktober depan dengan syarat utama tidak membenarkan umat Islam menyertainya, namun matlamat untuk mabuk tetap sama.

Sidang media yang disampaikan oleh pegawai Majlis Perbandaran Klang (MPK) tidak menolak kemungkinan Festival Makanan tersebut akan menghidangkan arak.

Kita juga sedia maklum sebelum ini, bahawa pihak penganjur dalam iklan yang dibuat secara terbuka merancang akan menghidangkan pelbagai jenis minuman keras kepada pengunjungnya.

Pihak penganjur juga dikatakan masih belum mendapat kelulusan atau permohonan kepada pihak polis untuk mengadakan festival tersebut.

Apabila MPK memberi respon sebegini, ini bermakna Azmin Ali benar-benar mahukan festival yang menghidangkan arak itu diadakan di Selangor. Dengan kerjasama Charles Santiago kerja Azmin Ali semakin mudah.

Azmin Ali sepatutnya tidak perlu bermuka-muka dengan mengancam untuk menyaman penerbit dan pengarang media Utusan Malaysia kerana dipenghujung ceritanya nanti Kerajaan Selangor merelakan pengajuran pesta yang ditentang oleh seluruh umat Islam di Malaysia ini.

Apa nak jadi dengan negeri Oh Selangorku................

Share this article

1 Komen:

  1. setakat pesta beer apalah sgt.. pelacur pun bersepah kat selangor mcm2 negara lg ada.. tu blm masuk mesin judi lg.. syabas selangorku anda tlh menjadi negeri maju.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top