Nuffnang

LUC@H : Video Promo Dikecam, Syarikat Pengedar Vape Mohon Maaf!!!


Susulan penyebaran video iklan produk perisa rokok elektronik atau vape yang memaparkan adegan wanita ber@hi, syarikat berkenaan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Kenyataan yang dibuat individu yang menggunakan nama Jack selaku Ketua Pegawai Eksekutif S*xbomb Vapor Co itu berkata, pihaknya memohon maaf di atas video promosi berdurasi seminit itu yang dimuat naik di laman sosial syarikat.

Beliau menjelaskan tujuan video tersebut adalah untuk mempromosi penyertaan mereka pada acara NEC Vapor UK yang bakal berlangsung dari 27 hingga 29 Oktober ini.

“Ia tiada kaitan dengan pasaran atau komuniti rokok elektronik di negara ini. Kami turut kesal video ini telah menyinggung sensitiviti budaya Malaysia,” katanya dalam kenyataan di laman sosial Instagram, Ahad.

Pada Jumaat lalu, sebuah agensi berita melaporkan bahawa sebuah video yang kini tular di media sosial pada mulanya disangka mempromosikan pakaian dalam wanita kerana memaparkan pelakon iklan komersial separuh bog*l. 

Namun apa yang mengejutkan, iklan tersebut yang turut mempunyai adegan mengghairahkan di atas katil dan kolam renang sebenarnya mempromosikan produk perisa vape.

Ia sekali gus mengundang kemarahan netizen yang menyifatkan iklan berkenaan sengaja mengeksploitasi wanita hanya untuk melariskan produk vape.

Menurut Jack, video itu kemudian tular dengan pantas tanpa kawalan, sebelum dikongsi menggunakan tajuk yang salah oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Selain permohonan maaf, video tersebut yang asalnya dimuat naik di Instagram syarikat itu juga telah dipadamkan.

Jack berkata, keadaan yang berlaku telah memberi kesan kepada mereka dan pihaknya akur dengan kritikan yang diterima.

Beliau berharap permohonan maaf ini dapat membawa kebaikan kepada syarikat pada masa depan.

“Kami memberi jaminan kepada orang awam untuk menangani perkara seperti ini sebagai satu keutamaan. Kami mohon maaf kepada pelanggan dan semua komuniti vape di Malaysia,” ujar Jack.

Sumber: Mstar Online

Korang nilai la sendiri viedo promo ni.....dah macam pel@cur je gamaknya...

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top