Nuffnang

#RUU355 : Beranikah Lim Kit Siang?


“Kalau Kit Siang tak anti Melayu Islam, setuju sajalah dengan RUU 355, buktikan yang tuduhan Tun M terhadapnya selama ini tak betul.” 

Lim Kit Siang dicabar untuk menyokong pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 bagi membuktikan yang beliau tidak anti Melayu dan anti Islam.

Cabaran tersebut dibuat Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dengan menjelaskan bukti tersebut adalah perlu untuk menunjukkan kenyataan beliau itu selaras dengan kenyataan tersebut.

“Kalau sebelum ini kita tengok dia adalah orang yang paling hebat menentang RUU355 yang ingin dipinda, walaupun tak ada kena mengena dengan dia yang bukan Islam tapi dia yang lebih-lebih dalam hal ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Kit Siang yang menegaskan dirinya bukan anti Melayu dan Islam seperti didakwa oleh pemimpin UMNO selama ini.

Katanya lagi, Penasihat DAP itu juga bukan sahaja dituduh sebagai anti Melayu dan Islam oleh penyokong UMNO, malah turut didakwa sebagai individu yang menjual hak dan kepentingan agama Cina dan bukan Islam.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, jelasnya BN sehingga hari ini konsisten untuk menyokong RUU yang dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tanpa sebarang pendekatan sentimen politik.

Jelasnya sokongan itu adalah demi kepentingan masyarakat Islam seluruhnya dan tidak ada kena mengena dengan perihal politik.

Selain itu, Noor Azmi turut membidas kenyataan Kit Siang yang dilihat mempertahankan Tun Mahathir apabila ada pihak mendakwa bekas pemimpin UMNO itu adalah anti Melayu.

“Bila dia peluk erat Kit Siang yang dia kata rasis selama ini, rakyat dan pemimpin pun keliru. Adakah tun sudah nyanyuk. Mereka cuba lupakan kata nista antara satu sama lain selama ini demi hajat peribadi untuk jatuhkan PM dan BN.

“Sanggup peluk erat walaupun sebenarnya rasa nak muntah. Kasih sayang macam ini tak ikhlas, tak tahan lama, percaya lah,” ujarnya lagi.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top