Nuffnang

BENDERA TERBALIK : Indonesia Masih "Tidak Puas Hati Dan Ikut Perasaan


Menteri Dalam Negeri Indonesia, Tjahjo Kumolo mendakwa Malaysia tidak prihatin terhadap Indonesia selaku “jiran dekat” berhubung insiden bendera Indonesia yang dicetak terbalik, lapor Kompas.com.

“Malaysia negara jiran kita, negara sahabat Indonesia yang dikatakan negara serumpun. Tetapi keprihatinannya terhadap Indonesia dalam urusan prinsip tidak diperhatikan.

“Isu salah cetak bendera, pasti ada semakan bahan tersebut oleh pihak kerajaan sebelum mencetaknya. Ternyata tidak ada perhatian, hanya luluskan sahaja,” kata Tjahjo.

Beliau berkata, sebagai “jiran rapat”, Malaysia pastinya tahu warna merah-putih bendera Indonesia. Insiden itu menunjukan Malaysia kurang memberi perhatian pada jirannya.

“Kita faham kalau salah nama. Tetapi tersalah lambang negara payah kita nak faham walaupun alasannya cuai,” katanya.

Menurutnya lagi, walaupun permohonan maaf sudah dibuat tetapi Malaysia perlu memberi penjelasan penyebab terjadinya kesilapan itu.

Tjahjo juga merancang untuk menghantar surat kepada Kementerian Dalam Negeri Malaysia dan Duta Besar Malaysia ke Indonesia agar insiden sedemikian tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Sabtu lalu semasa perasmian Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017), bendera Indonesia dicetak terbalik di dalam buku cenderahati di mana jalur putih berada di atas dan jalur merah di bahagian bawah menyerupai bendera Poland.

Sementara itu, sebuah parti politik Indonesia, Partai Persatuan Pembangunan (PPP) menggesa kerajaan Malaysia mengambil tindakan undang-undang ke atas penganjur Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) atas insiden cetakan bendera Indonesia secara terbalik.

Ketua Umum PPP, Dr Reni Marlinawati berkata insiden itu merencatkan matlamat asal KL2017 untuk mengeratkan hubungan antara kedua-dua negara melalui sukan.


“Kerajaan Malaysia harus mengenakan hukuman tegas kerana kecuaian itu menyebabkan rakyat Indonesia tidak puas hati,” kata Reni memetik laporan Kompas.com.

Reni juga berkata, selain isu bendera terbalik, Malaysia juga menimbulkan rasa tidak puas hati kalangan rakyatnya berhubung layanan terhadap tenaga kerja dari negara itu.

“Jangan sampai isu bendera terbalik ini membangkitkan kemarahan rakyat Indonesia atas berbagai tindakan yang membuatkan kami tidak puas hati,” katanya yang berharap insiden itu tidak menjejaskan prestasi atlet Indonesia meraih gelaran juara.

Sabtu lalu, bendera Indonesia dicetak terbalik di dalam buku cenderahati KL2017 di mana jalur putih berada di atas dan jalur merah di bahagian bawah menyerupai bendera Poland.

Semalam, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyampaikan permohonan maaf bagi pihak Malaysia selaku tuan rumah KL2017 kepada seluruh rakyat Indonesia atas kesilapan melibatkan bendera negara itu.


Ia disampaikan Khairy semasa pertemuan dengan Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Imam Nahrawi.

Manakala Presiden Indonesia, Joko Widodo juga meminta semua pihak tidak memperbesar-besarkan isu itu dan berkata kesalahan itu amat dikesali namun rakyatnya diminta tidak bersikap berlebihan berhubung isu itu.

Ironinya, apa yang berlaku di Jakarta 6 tahun lalu lebih menjelikkan. Adakah mereka lupa atau memang ada usaha oleh pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan di atas insiden ini?

Share this article

1 Komen:

  1. indonesia blh terima kekalahan ttp bkn dgn msia.. dr zaman ganyang msia lg mrk bersikap begitu.. tp bila rakyat dia kena tsunami mrk lupa sapa yg byk menolong.. rakyat mrk nak cari mkn kat sini pun kita tak halang smpi ramai yg jd kaya raya dr org tempatan pun kita tak iri hati..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top