Nuffnang

SEMAKIN SASAU : Mahathir Puji Kit Siang Sebagai Pendakwah Terbaik?


Apa dah jadi dengan Mahathir? Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad memuji pemimpin DAP Lim Kit Siang sebagai “pendakwah” terbaik kerana menyampaikan petikan ayat al-Quran kepada peguam negara.

“Bukan main saya terkejut buat kali pertama Lim Kit Siang mengeluarkan ayat-ayat al-Quran untuk tunjuk kepada (Tan Sri) Apandi Ali yang mungkin tak pernah baca.

“Ini adalah sebuah kebaikan, kita tak payah berdakwah dengan Kit Siang. Pasal politik dan pasal pembohongan Apandi saja, Kit Siang tunjuk dia pun baca al-Quran.

“Ini dakwah yang terbaik lah,” kata Dr Mahathir kepada tepukan gemuruh dari 1,000 hadirin di majlis rumah terbuka Aidilfitri PPBM di bangunan Long Say, Jalan Burma hari ini.


Turut hadir meraikan majlis itu Kit Siang sendiri, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Pengerusi PKR Pulau Pinang Mansor Othman, Pengerusi Amanah Pulau Pinang Datuk Mujahid Yusof Rawa dan Pengerusi PPBM Pulau Pinang Marzuki Yahaya dalam kalangan pimpinan pembangkang.

Dr Mahathir menjawab kenyataan Apandi pada Selasa yang berkata beliau hanya takut kepada Tuhan semasa menjalankan tugas.

Apandi berkata demikian bagi menjawab Dr Mahathir yang mengkritik peguam negara kerana gagal mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati bersalah dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kit Siang kemudian memetik 2 ayat dari surah al-Baqarah yang menyeru ke arah melawan kepalsuan, dan mengelak daripada melakukan kerosakan di muka bumi.

Apandi menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara pada Julai 2015, ketika hangat siasatan khas terhadap 1MDB melibatkan bekas peguam negara itu.

Tahun lalu, Apandi membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan 1MDB, tetapi berkata fail itu belum ditutup. (SUMBER)
Share this article

3 Komen:

  1. DIA CUMA INGATKAN KITA ..PATUT NYA UGAMAWAN DAN USTAZ USTAZ RASA MALU..DIA AMBIL AYAT DALAM QURAN BUKAN DALAM BUKU CONFUSIUS..

    BalasPadam
    Balasan
    1. melayu islam ka yang komen tu??? cina mesti tepuk tangan sb tau melayu mmg bodoh

      Padam
  2. Meroyan sakan demi kepentingan diri

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top