Nuffnang

KUBU KUAT : Shahrir Tempelak Propaganda Muhyiddin!!!


“Itu pandangan dia dan berhak berkata demikian,” kata Tan Sri Shahrir Abdul Samad merujuk kenyataan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa kononnya kawasan rancangan FELDA bukan lagi kubu kuat Barisan Nasional (BN).
Pengerusi FELDA bagaimanapun menyifatkan kenyataan itu adalah propaganda bekas Timbalan Perdana Menteri itu, semata-mata untuk meyakinkan pengikut dan akar umbi PPBM.

Menurut Shahrir, segala dakwaan boleh dibuat memandangkan pilihanraya umum semakin hampir.

“Muhyiddin mesti ada semangat untuk galak pengikut percaya pada dia. Itu biasalah. Masing-masing punyai propaganda la kan.

“Kami masih buat kerja melalui strategi kepemimpin bagus serta integriti tinggi dan pastinya dapat menambah baik keadaan peneroka FELDA,” kata Ahli Parlimen Johor Bahru itu.

Beliau berkata demikian selepas majlis sambutan Hari Raya Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di Kuala Lumpur, Khamis.

Terdahulu, Muhyiddin mendakwa FELDA bukan lagi kubu kuat BN kerana PPBM dan Pakatan Harapan (PH) menerima sambutan yang baik daripada peneroka semasa program anjuran mereka.

Mengulas lanjut tindakan pembangkang mengadakan program di tanah rancangan FELDA, Shahrir menjelaskan pihaknya tidak mempunyai masalah.

Tambahnya, UMNO dan BN sedang berada dalam landasan tepat untuk terus mengekalkan sokongan sekaligus mendapat kepercayaan dari warga Felda pada pilihanraya umum akan datang.

PPBM serta PH sebelum ini menganjurkan ‘Jelajah Semarak Kasih’ yang berlangsung sejak awal tahun ini bagi memenangi hati pengundi dari kalangan peneroka FELDA.

Pada ketika ini, terdapat 54 kerusi Parlimen dalam kawasan FELDA dan pembangkang hanya menyandang enam kerusi iaitu Raub, Kuala Nerus, Temerloh, Dungun, Kulai dan Sungai Siput pada Mei 2013.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top