Nuffnang

CURANG : Kerja Shif Punca Perceraian Sektor Kesihatan Tinngi - CUEPACS



Setiap pasangan yang berkahwin mengimpikan sebuah mahligai yang bahagia yang kekal hingga ke akhir hayat. Namun begitu, seringkali dilihat istilah penceraian sering digunapakai oleh pasangan sebagai jalan pintas untuk menamatkan sesebuah konflik. Penceraian atau talak membawa maksud memutuskan hubungan suami – isteri daripada hubungan pernikahan atau perkahwinan yang sah menurut syariat islam. 

Terkini, penemuan oleh CUEPACS ini mungkin lebih mengejutkan. Kerja syif dalam sektor kesihatan awam menyumbang kepada kadar perceraian paling tinggi berbanding sektor pekerjaan awam lain.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda, berkata kerja sehingga tiga syif menyebabkan tahap kepercayaan terhadap pasangan semakin menipis sehingga menjurus kepada perceraian.

"Kalau dulu rasa cinta 100 peratus, lama kelamaan rasa cinta terhadap pasangan semakin berkurang. Statistik yang kita dapat menunjukkan pekerja sektor kesihatan merekodkan kadar perceraian tinggi.

"Sudahlah kena kerja syif, elaun pula tidak dibayar sebaliknya diganti dengan cuti ganti. Buat apa cuti ganti, cuti yang dulunya pun belum ambil," katanya selepas menghadiri Bengkel Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sektor Awam Sarawak, di sini.

Azih bagaimanapun tidak menyatakan statistik kadar perceraian yang didakwa.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ada sektor awam tidak lagi membayar elaun dan kerja lebih masa, manakala sebahagian pula sekadar membayar separuh, satu pertiga atau tiga perempat daripada jumlah sebenar elaun yang ditetapkan.

Masalah perceraian yang berlaku di Malaysia pada masa ini bukanlah satu masalah kecil lagi dan boleh dipandang ringan. Namun ianya sudah bertukar menjadi satu masalah besar. Perceraian ini boleh dikatakan semakin meningkat kerana semakin hari semakin banyak kes perceraian yang difailkan di mahkamah.

 
Apakah yang akan terjadi kepada institusi kekeluargaan akibat perceraian ini? Siapakah yang harus dipersalahkan ataupun siapakah yang harus dipertanggungjawabkan dalam perceraian? 

Prosedur perceraian bagi penganut empat agama ini harus dijalankan menurut undang-undang yang telah ditetapkan bagi mengelakkan konflik pada masa depan. Mahkamah syariah dan mahkamah sivil perlu bersedia membantu pasangan yang menghadapi cabaran berumahtangga ini. 

Selain itu, pasangan yang baru berkahwin harus mempunyai persiapan yang cukup untuk melayari bahtera perkahwinan ini. Hal ini kerana, kebanyakan kes perceraian adalah daripada pasangan yang muda yang baru berkahwin
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top