Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

RASIS : RM10 Ribu Buktikan Kit Siang - Annuar Musa


Tan Sri Annuar Musa hari ini menawarkan ganjaran RM10,000 kepada pihak yang dapat mengemukakan bukti bahawa Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang, adalah seorang yang rasis sepanjang pembabitannya dalam politik. 
Annuar yang juga Ketua Penerangan UMNO, berkata bahan bukti itu boleh dikemukakan menerusi pelbagai platform, termasuk Instagram dan blog serta artikel dengan memuatkan semua fakta mengenai Kit Siang. 

Penyertaan perlu dihantar kepada pihaknya sebelum akhir Mei ini. 

"Tuduhan saya (terhadap Kit Siang sebagai rasis dan diktator sebelum ini) bukan tidak berasas, sebaliknya dibuat berdasarkan fakta. Malah, Tun (Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri) berulang kali mengatakan Kit Siang seorang yang rasis. 

"Hansard Parlimen sebelum ini membuktikan ucapan Kit Siang ditafsirkan pelbagai pihak sebagai anti-Islam, diktator dan rasis sepanjang 51 tahun beliau terbabit dalam politik," katanya dalam sidang media di Parlimen, semalam.

Annuar membuat tawaran itu susulan kenyataan Kit Siang yang melabel beliau sebagai 'bapa kepada segala rasis'. Sementara itu, Kit Siang menerusi laman Facebooknya, semalam menyifatkan tawaran ganjaran yang dibuat Annuar itu sebagai murahan serta memalukan. 

"Annuar tidak mempunyai bukti dalam tuduhan seriusnya terhadap saya dan (sekarang) berharap cuba mendapatkan bukti secara murahan dengan menawarkan RM10,000... ini sesuatu yang memalukan dalam politik. 

"Annuar cuba meracuni pemikiran anak muda dengan mendorong mereka melakukan fitnah. Adakah dia boleh memberikan jaminan akan membayar ganti rugi terhadap semua esei fitnah berkenaan?," soal Kit Siang. 

Menerusi status yang dimuat naik pada jam 4.22 petang semalam, Kit Siang berkata, beliau menyerahkan kepada peguamnya untuk menentukan sama ada Annuar akan diheret ke mahkamah.
Share this article

1 Komen:

  1. Wa ka ka...1 dunia pun tahu yg selama ini Kit Siang tu rasis. Ini persepsi umum. Mahu tak mahu itulah gelaran yg telah diberikan oleh umum, sebagaimana gelaran lain bagi sesetengah orang yg diketahui umum seperti diktator, mahafiraun, penipu, pembohong, uturn, mahazalim dan sebagainya. Gelaran ini bukan datang tanpa sebab, tetapi kerana tindak tanduknya dan kenyataannya sendiri. Eluknya Kit Siang muhasabah diri.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Sports

Gallery

Networkedblog

MENARIK

Social Share

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top