Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

KEKALAHAN NIK ABDUH : "Signal" Ahli PAS Tolak UMNO Tapi Pilih PH?


Kekalahan teruk Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, anak kepada pemimpin yang satu masa dulu paling berpengaruh dalam PAS, dalam pemilihan PAS Pengkalan Chepa baru-baru ini menunjukkan suara akar umbi PAS yang tidak selesa dengan pemimpin yang dilihat mesra dengan Umno, menurut sumber dalaman parti.
Sumber yang rapat dengan pimpinan kanan parti Islam itu berkata, sama ada ketua Pemuda PAS itu “serius” atau tidak dalam menyertai pertandingan merebut jawatan timbalan yang dipertua PAS Pengkalan Chepa itu adalah tidak relevan.

“Kekalahan beliau merupakan petanda pemimpin parti yang rapat dengan Barisan Nasional akan ditolak,” katanya lagi.

“Akar umbi PAS mempunyai cara tersendiri menyatakan pandangan mereka kepada saf kepimpinan,” katanya.

Sabtu lalu, Nik Abduh meraih 37 undi, tewas kepada Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dr Izani Husin yang memperoleh 207 undi, seterusnya mempertahankan jawatan timbalan yang dipertua PAS Pengkalan Chepa.

PAS Pengkalan Chepa diketuai Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Nik Abduh bagaimanapun dilaporkan berkata beliau menerima pencalonan itu “sekadar suka-suka”.

“Biarlah yang lapar fitnah itu beraya sekejap,” katanya mengenai dakwaan kekalahan itu beliau tidak mempunyai sokongan akar umbi.

Nik Abduh, 47, anak ke-5 Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, merupakan antara tokoh Pemuda PAS yang paling lantang bersuara mengkritik parti pembangkang lain seperti DAP dan Amanah.

“Saya hanya bertanding sekadar suka-suka sahaja. Jawatan yang sudah ada ini (ketua Pemuda PAS) pun sudah tidak larat hendak pikul,” kata Nik Abduh dipetik Utusan Malaysia.

Senario muktamar

Sementara itu, seorang pemimpin PAS di Pengkalan Chepa mempertahankan Nik Abduh, dan berkata keputusan pemilihan di kawasan itu membuktikan PAS terbuka dan “berani” mengadakan pengundian.

Menurutnya, apa yang berlaku ialah ahli PAS terpaksa memilih antara “2 calon yang mereka sayangi”.

“Akar umbi PAS Pengkalan Chepa ini sayang kedua-dua calon dan tuduhan mengatakan akar umbi menolak Nik Abduh tidak benar sama sekali sebab akar umbi terpaksa membuat pilihan melibatkan dua calon yang mereka sayang, maka mereka lebih selesa menerima calon sedia ada (Izani) untuk kekal jawatan,” kata Ketua Pemuda PAS Pengkalan Chepa, Mohd Ariff Abdullah.

Bagaimanapun, pemerhati memberitahu, pengundian di Pengkalan Chepa memberikan gambaran tentang apa yang bakal berlaku pada Muktamar PAS di Kedah bulan depan, yang buat pertama kali akan menyaksikan pemilihan parti selepas penyingkiran pemimpin yang mahu meneruskan kerjasama politik dengan DAP dan PKR.

“Tetapi di peringkat atasan, tidak banyak perubahan akan berlaku,” kata seorang pemerhati PAS.

Menurutnya, perhatian muktamar kali ini akan tertumpu kepada penerimaan ahli PAS terhadap beberapa pemimpin muda, termasuk ahli keluarga Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mereka termasuk anak Hadi, Muhammad Khalil Hadi dan menantunya, Zaharuddin Muhammad, kata sumber itu lagi.

Pada 2015, kem penyokong Hadi bangkit merebut hampir kesemua kerusi yang disandang pemimpin parti yang tidak dianggap sebagai golongan “ulama”.

Beberapa bulan selepas itu, hubungan PAS dan DAP terputus, manakala Hadi dan mursyidul am ketika itu, Datuk Haron Din, dilihat semakin akrab dengan pimpinan Umno di bawah Datuk Seri Najib Razak.

Pimpinan PAS dan Umno beberapa kali berkongsi pentas dengan alasan demi kepentingan Islam. Ia dapat dilihat melalui kenyataan sokongan pimpinan Umno dan NGO pro-Umno terhadap usaha Hadi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang dikritik pelbagai pihak.

- SUMBER
Share this article

1 Komen:

  1. Masih ada harumanis kot dlm pas..sbb tu pkr berlagak

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top