Nuffnang

KOLOT : Ulama PAS Jawab Dakwaan Bekas Menteri


“Kalau kolot, ortodoks, jumud, kita tak ada pengikut kita. Kita mempunyai pengikut yang ramai dan Islam kita bawa adalah Islam yang mengikut Sunnah Wal Jamaah berdasarkan kepada Al-Quran, Sunnah dan juga qiyas.
PAS merupakan parti Islam dan Melayu kedua terbesar di negara ini, kata ketua sayap ulamanya, selepas seorang bekas menteri melabel parti itu “ortodoks, jumud, sempit, bengis, kolot dan keras”.

“Jadi macam mana nak kata jumud? Dan PAS sudah ada di Malaysia sejak sebelum merdeka lagi. Kemudian jadi parti politik sejak 1951. Walaupun macam-macam tuduhan, tohmahan tetapi PAS terus berada di hati rakyat,” kata Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

Bekas menteri Tan Sri Zainuddin Maidin menerusi blognya yang menyifatkan PAS sebuah parti yang “ortodoks, jumud, sempit, bengis, kolot dan keras”, dan berkata menyokong usul syariah yang dibawanya akan hanya membelakangkan usaha berdekad pemimpin silam Umno dalam menyerlahkan keindahan Islam kepada bukan Islam.

Menurutnya, apa yang membezakan PAS dan Umno adalah pendekatan Islam yang dibawa parti Melayu itu, yang menurutnya menjadikan rakyat bukan Islam di negara ini yakin dengan usaha memperkasakan Islam.

Mahfodz berkata terpulang kepada Zainuddin meluahkan pandangannya, sambil mengingatkan beliau keahlian parti itu tidak berkurangan dan bertambah dari tahun ke tahun.

“Dan kita di Kelantan, pernah di Terengganu, pernah di Kedah dan bersama-sama dengan PKR di Selangor. Jadi itu adalah tanggapan majoriti rakyat yang maknanya PAS bukan sebagaimana parti yang dituduh oleh Zainuddin,” katanya.

Mengulas peringatan Zainuddin kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) supaya ia tidak menyokong rang undang-undang (RUU) yang dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mahfodz berkata parti Melayu lain sudah mula memberikan sokongan, bukan sahaja PPBM.

“Jadi macam mana dia pula kata minta PPBM jangan sokong dan saya rasa bila dibentangkan sekali lagi dengan pindaan itu, sekurang-kurangnya lebih separuh daripada wakil rakyat kita akan memberikan sokongan,” katanya. (SUMBER)
Share this article

3 Komen:

  1. Zam penjilat kapir. Yg penting team Kerala United beliau terus menyerang dan menidakkan Islam.
    Patutlah pariah2 dari Kerala macam Zam ni sering diibaratkan seperti ular.

    BalasPadam
  2. JAKIM perlu tarbiah orang2 seperti ZAM, Zairil DAP, Siti Kasim dan yg sewaktu dengannya supaya faham Islam dan Alquraan. Mudah2an tidak meletakkan emosi dn akal mengatasi agama.

    BalasPadam
  3. zam ni kalau diberi dedak...senyap la....

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top