Nuffnang

PRN AWAL : SPR Sabah Beri Petunjuk?


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah bersedia sepenuhnya untuk mengadakan pilihan raya negeri (PRN) awal di Sabah. Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, berkata pihaknya sudah mengadakan latihan dan simulasi berterusan untuk mempersiapkan setiap kakitangan bagi menghadapi sebarang bentuk pilihan raya. 
Bagaimanapun, katanya, SPR belum menerima sebarang petunjuk sama ada cadangan mengadakan pilihan raya negeri Sabah lebih awal itu hanya spekulasi semata-mata atau kemungkinan benar. "Tak boleh nak bayang apapun, tak nampak anak bulan lagi, " kata Hashim secara berseloroh dengan membandingkan spekulasi mengenai PRN Sabah itu dengan ramalan untuk umat Islam mula berpuasa atau menyambut Aidilfitri. 

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis makan tengah hari dan penyerahan sijil penghargaan kepada petugas pilihan raya yang terbabit dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Tanjong Datu di Dewan Masyarakat Lundu, di sini, hari ini. 

Menjawab soalan mengenai Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), katanya, pihaknya sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia untuk melaksanakan tanggungjawab mengendalikan pilihan raya pada bila-bila masa. 

Katanya, ia termasuk persediaan rapi untuk menggerakkan logistik serta mempersiapkan petugas dalam memastikan PRU-14 dapat diadakan lancar. "Jangan bimbang, sepanjang masa kita buat persiapan dari segi logistik dan semuanya.. semuanya kita sudah sedia, petugas-petugas kita pun, ini bukan kali pertama mereka bertugas mengendalikan pilihan raya," katanya.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top