Nuffnang

KISAH BENAR : Pengasuh Mengaku Selepas Diugut Lapor Perlakuan Kepada Polis


"Terkejut tengok botol-botol susu anak dah berkerak, puting botol susu dah jadi kuning. Padahal kami ada bekalkan berus botol susu dan pencuci botol susu. Yang dibekalkan pun masih ada banyak lg.. Begitu juga dengan pampers, sebungkus ada 76 keping.. tapi waktu tu ada satu tingkat lagi dan beberapa keping dari tingkat atas.. Patutlah naik ruam punggung anak.."


Cerita ini dipetik dari perkongsian di FB oleh seorang bapa perihal perkara yang berlaku ke atas anaknya yang baru berumur 3 bulan.
Salam, terpanggil untuk berkongsi rasa bersalah saya pada isteri dan anak. Betullah kata orang, naluri isteri dan ibu ini sememangnya betul.

Kami ada bayi berusia tiga bulan, dihantar pada pengasuh untuk dijaga. Hampir sebulan hantar anak, isteri saya kata dia tak berapa selesa dengan pengasuh itu. Pada saya, mungkin itu perasaan ibunya sahaja sebab ketika pantang, hampir dua bulan anak dijaga oleh isteri.

Bermula dari dua minggu yang lalu, semasa saya mengambil anak, pengasuh ada maklumkan ada lebam di muka dan hidung anak kerana terjatuh ketika sedang memandikannya dalam sinki. Saya anggap tiada apa-apa, biasalah lagipun anak saya itu memang tak boleh duduk diam kalau mandi.

Balik ke rumah, saya terus beritahu isteri. Dia buat muka dan katanya lebam yang dialami oleh anak tidak kelihatan seperti terjatuh di sinki atau terjatuh. Ianya lebih seperti ditampar atau dipukul.

Malam itu, isteri saya menghubungi pengasuh berkenaan dan bertanya bagaimana cara anak kami terjatuh ketika mandi. Isteri saya pada masa itu sudah syak yang bukan-bukan, tetapi salah saya juga sebab saya anggap isteri saya terlampau memikirkan yang bukan-bukan.

Minggu lepas, kemuncak kejadiannya seperti gunung berapi meletus-letus, bila saya pergi ambil anak dari rumah pengasuh, terus isteri periksa keseluruhan badan anak. Memang rutinya begitu setiap kali ambil anak dari pengasuh. Isteri periksa satu badan dari kepala hingga ke tapak kaki.

Semasa pemeriksaan dilakukan, isteri ternampak satu kesan lebam di kaki, kepala dan belakang badan anak calar-calar. Terus isteri panggil saya dan tunjukkan kesemua kesan-kesan itu.

"Sabar dulu, kita tnaya pengasuh petang ini juga," kata saya.
Isteri tak nak bertanya pada pengasuh melalui telefon ataupun WhatsApp. Dia terus mengajak saya ke rumah pengasuh pada petang itu juga. Jadi kami sampailah ke rumah pengasuh dan isteri tanya kenapa ada kesan-kesan lebam di badan anak dan tak maklumkan kepada saya ketika menjemputnya pulang.

Pengasuh menjelaskan anak terjatuh ketika mandi. Isteri terus tanya, terjatuh macam mana sampai boleh menyebabkan lebam-lebam dan terang-terangan nampak kesan cubit di kaki. Namun pengasuh masih enggan mengaku.

Isteri mula mengugut mahu membuat laporan polis dan minta semua barang-barang anak kami. Masa itu pengasuh macam nak marah sebab isteri saya dah marah-marah dia. Selesai mengambil kesemua barang-barang anak, isteri beritahu,

"Hari ini last hantar anak kat akak," kata isteri.

Pengasuh itu hanya menjawab ringkas, Okey".

Semasa balik dan kemas-kemas barang anak yang diambil dari rumah pengasuh, terkejut tengok botol-botol susu anak sudah berkerak, puting botol susu dah menjadi kuning. Padahal kami ada bekalkan berus botol susu dan pencuci botol susu. Yang dibekalkan pun masih ad abanyak lagi. Begitu juga dengan pampers, sebungkus ada 76 keping.

Tetapi pada masa itu ada satu tingkat lagi dan beberapa keping dari tingkat atas. Patutlah naik ruam punggung anak sedangkan sebelum ini isteri dah berkali-kali pesan pada pengasuh agar tukarkan pampers anak setiap 4 jam sekali. Kalau pampers habis, beritahu tetapi masih juga begitu.

Lagi sekali isteri menghubungi pengasuh dan beritahu yang dia tidak redha apa yang pengasuh telah buat pada anak kami. Katanya dah banyak bertolak ansur, jaga tak sampai sebulan tetapi bayaran penuh. Lambat bagi duit, dah hantar mesej tanya bayaran upah.

Untuk makluman, saya bayar RM400 sebab satu fikir anak saya akan dijaga dengan baik, jadi saya tak kisah jika terpaksa keluarkan kos mahal sikit.

Malam itu dalam jam 3 pagi, pengasuh hantar mesej dan memohon agar kami tak buat laporan polis. Dia mengaku yang dia ada mencubit-cubit anak kami sebab stress menjaga anak kami yang kerap menangis dan dalam masa yang sama dia menjaga tiga orang budak yang lain. Yang lain itu tak tahulah bagaimana nasibnya.

Isteri kata, pengasuh seperti itu perlu diajar. Keesokan harinya kami buat laporan polis atas dakwaan penderaan mental dan fizikal terhadap anak kami sebab anak kami setiap kali dihantar ke rumah pengasuh itu, wajahnya memang masam dan tak ceria, apatah lagi gembira.

Alhamdulillah, isteri ambil cuti hampir dua minggu untuk menjaga dan mencari pengasuh baru. Nak berhenti kerja tetapi kena tunggu kontrak habis. Kontrak baru diperbaharui awal bulan semasa dia berada dalam pantang.

Kesimpulannya, kita sebagai ayah dan suami perlu percaya pada naluri isteri. Kalau isteri kata ada sesuatu yang tak kena, perlulah disiasat dan jangan dibiarkan.

Untuk isteri saya, terima kasih sebab melahirkan anak yang comel dan bersabar dengan karenah kami berdua. Tidak lupa juga masakan awak memang terbaik walaupun ayam goreng dengan telur dadar. 
SUMBER

Sebenarnya, memang agak sukar untuk memilih pengasuh yang benar-benar memenuhi kehendak ibu bapa pada waktu ini. Baik di pusat asuhan, tadika mahupun pengasuh-pengasuh persendirian di rumah. Terpulanglah kepada ibu bapa untuk menilai dan peka dengan apa yang berlaku ke atas anak-anaknya.

Buat pengasuh-pengasuh di luar sana, jagalah dengan penuh keikhlasan. Mengambil bilangan kanak-kanak mengikut keupayaan, bukan semata-mata mengejar bayaran.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top