Nuffnang

SKANDAL S*KS : Anina Digesa Buat Laporan Polis!!!


Ada berani? Kalau tak buat juga tu maknanya betullah? Anina Saadudin perlu membuat laporan polis berhubung dakwaan skandal mesej seks yang dikaitkan kepadanya, kata ahli Majlis Tertinggi (MT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tariq Ismail.
Tariq percaya hal peribadi tidak patut disiarkan kepada orang ramai, tetapi memandangkan dakwaan itu sudah tersebar, Anina perlu cuba mematikan semua spekulasi dengan mengambil tindakan undang-undang.

“Ia sudah tak terkawal. Dia perlu jawab dakwaan itu dan membuat laporan polis supaya pihak terbabit dipertanggungjawabkan,” katanya kepada FMT.

Skandal itu didakwa didedahkan oleh bekas pembantu Anina dan menurut Anina, ia menjadi sebab kepimpinan PPBM melucutkan jawatan ketua srikandi yang disandangnnya.

Tariq bagaimanapun menafikannya dan berkata sayap srikandi belum ditubuhkan.

Seorang lagi ahli MT, Kamarulazman Habibur Rahman tidak bersetuju dengan gesaan Tariq dan berkata Anina tidak perlu cari polis jika dia merasakan tidak ada keperluan untuk berbuat demikian.

“Bergantung kepada dia, kalau dia mahu buat laporan polis atau tidak. Bagi saya, takkanlah saya perlu cari polis setiap kali ada orang bercakap buruk mengenai saya.

“Saya tak perlu beri perhatian kalau orang itu bercakap tanpa fakta,” katanya ketika dihubungi FMT.

Ketika ditanya tindakan PPBM seterusnya dalam menangani skandal yang mencetuskan perbalahan dalam kalangan ahli, dan adakah MT akan menyiasat siapa yang bertanggungjawab, Tariq berkata:

“Ramai pemimpin parti tiada di sini ketika ini. Sekembalinya semua ahli MT nanti, kami akan bersidang dan membincangkan perkara berbangkit.

“Saya nasihatkan ahli parti supaya bertenang dan biarkan Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad bantu kita selesaikan masalah ini.”

Beliau juga mendakwa ada desakan dalam kalangan aktivis parti, yang menyebabkan wujudnya puak dalam parti.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top