Nuffnang

PANASSS : Golf Dan Perempuan Simpanan Ciri Rasuah Penjawat Awam – Azam Baki


Wow... boleh tahan statement ni. Amacam, Ramai tak penjawat awam yang terasa? Selain bermain golf di luar negara, mempunyai perempuan simpanan adalah antara ciri-ciri lain seorang penjawat awam berkemungkinan terlibat dengan aktiviti rasuah, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki.

Beliau yang bercakap dalam wawancara khas bersama radio dalam talian SPRM, MACC.fm berkata, ia adalah petunjuk golongan itu menjalani kehidupan mewah. 

“Apakah antara ciri-ciri orang yang melakukan rasuah? Hidup mewah, bermain golf, ada teman wanita, perempuan simpanan. Kita melihat kepada indikasi-indikasi ini,” katanya.

Azam berkata, ciri-ciri perasuah lain di kalangan pegawai kerajaan adalah kerap ke luar negara dengan menaiki penerbangan kelas pertama atau kelas perniagaan.

Bagaimanapun katanya, petunjuk sahaja tidak mencukupi, sebaliknya pegawai kerajaan perlu memberi penjelasan bagaimana mereka memperoleh kemewahan itu.

“Kalau dia pegawai kerajaan, dia kena perjelaskan dari mana dia dapat wang itu. Kalau boleh pergi ke luar negara, kerap kali satu tahun, naik kelas perniagaan atau kelas pertama sampai empat kali satu keluarga,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad mengingatkan penjawat awam di negara ini supaya berhenti bermain golf di luar negara.

Katanya, SPRM melakukan pemantauan dan mempunyai maklumat tentang pergerakan serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan penjawat awam terbabit.

Mengulas lanjut, Azam berkata, aktiviti itu sebenarnya merupakan salah satu petunjuk yang menunjukkan orang itu ada ciri-ciri mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa.

“Mungkin ada yang tak setuju dengan kenyataan saya dan ketua pesuruhjaya mengenai main golf tetapi... banyak maklumat kita dapat daripada pegawai-pegawai kerajaan tertinggi dan pegawai-pegawai kanan kerajaan bermain golf di luar negara

“Yang turut serta bermain golf dengan mereka tak salah. Saya pun main golf, apa salahnya main golf. Di luar negara golf ini merupakan permainan rakyat,” katanya.

Bagaimanapun kata Azam, setakat ini di Malaysia kebanyakan yang bermain golf melibatkan orang-orang kenamaan, pegawai-pegawai kerajaan yang ada kelas tertinggi.

“Jadi antara dalam rombongan itu adalah kontraktor dan pembekal-pembekal. Kalau dia pergi seorang tak apa, tetapi kadang-kadang sampai satu pejabat pergi.

“Ia bukan sahaja pegawai di peringkat Persekutuan, tetapi juga di negeri-negeri yang bertugas di pejabat daerah, pejabat tanah dan majlis-majlis daerah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua penjawat awam menghentikan sebarang aktiviti yang menjurus kepada kegiatan rasuah.

“Bagi saya mereka ini perlu menghentikan aktiviti-aktiviti yang akan menjejaskan imej perkhidmatan awam di negara ini,” ujar Azam.

Sumber: mStar
Share this article

1 Komen:

  1. Gaji ahli politik sama dengan gaji seorang rakan yg bertaraf profesional.

    Rakan ini kerja dengan tekun 7 hari seminggu. Cari rezeki halal katanya.

    Dalam 2 tahun, baru 1 kali ke oversea. Itu pun dalam asia tenggara sahaja. 3 tahun lalu ada buat umrah. Dia kata tak mampu nak cuti jauh2 walhal gaji dia besar..sama banyak dengan gaji menteri2..hutang pun setakat loan rumah je. Tapi dia memang pandai saving.

    Pelik pulak rasanya dari mana menteri2 atau ahli2 politik dok pegi cuti oversea memanjang...depa dapat sumber dari mana?

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top