Nuffnang

KALAH LAGI : Anwar Oh Anwar....


Kah... Kah... Kah.... Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Si Ketua Penipu tu berhubung tuntutan samannya terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, sebaliknya mengarahkan bekas ketua pembangkang itu untuk membayar kos sebanyak RM100,000.
Panel Hakim yang diketuai oleh Datuk Umi Kalthum Abdul Majid berkata kes Si Ketua Penipu itu tidak mempunyai merit. Panel Hakim juga turut disertai oleh Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Hasnah Mohammed Hashim.

Sebelum ini, saman Si Ketua Penipu itu telah membuat tuntutan sebanyak RM100 juta daripada Anifah, tetapa ianya ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada tahun lalu, dengan menganugerahkan kos RM20,000 kepada ahli politik Sabah itu.

Ia memutuskan mahkamah tempatan tidak ada kuasa membicarakan perkara yang berlaku di luar Malaysia. Saman fitnah Si Ketua Penipu tu adalah berkisarkan kepada sidang media yang dibuat oleh Anifah Aman di Washington pada tahun 2009.

Dalam samannya, Si Ketua Penipu tu menuduh menteri berkenaan cuba memberikan gambar seolah - olah dia merupakan seorang yang tidak layak memegang apa - apa jawatan dan juga dianggap ancaman kepada masyarakat Malaysia.

Dalam sidang media itu, Anifah juga turut mendakwa yang dia pernah ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri sekiranya berjaya mendapatkan sokongan wakil rakyat Sabah bagi menjatuhkan kerajaan BN dalam gerakan 16 September.

Pada 2008, Si Ketua Penipu tu mendakwa yang dia berjaya meyakinkan majoriti ahli Parlimen termasuk di Sabah dan Sarawak supaya tidak menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Usaha itu bagaimanapun gagal.

Si Ketua Penipu itu diwakili peguam Razlan Hadri Zulkifli dan J. Leela, manakala Tan Sri Shafee Abdullah mewakili Anifah. Razlan berkata Mahkamah Tinggi silap keputusan memihak Anifah dengan berdasarkan kenyataan penafian pada sidang media itu.

Anifah dilaporkan berkata sidang media itu yang ucapannya adalah hanya untuk pengetahuan mereka yang hadir. Menurut Razlan, sebagai seorang menteri, Anifah tidak patut membuat ucapan sedemikian sekiranya sedar ia akan diterbitkan.
Share this article

1 Komen:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top