Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

HENTI PENGANJURAN F1 : Anda Sokong KJ???


Wow...wow....wow... Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata Malaysia perlu berhenti daripada menganjurkan perlumbaan Grand Prix Formula 1 kerana pertimbangan kos.

“Saya rasa kita perlu henti anjur F1. Sekurang-kurangnya untuk sementara waktu.

“Kos terlalu tinggi, pulangan terhad,” katanya di Twitter.

Sementara itu, Bernama melaporkan nasib perlumbaan Formula 1 (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dijangka diketahui akhir minggu depan, kata Datuk Razlan Razali.

Beliau berkata, mesyuarat khas akan diadakan bagi membincangkan perkara itu dengan pemegang saham utama SIC, iaitu Kementerian Kewangan pada Khamis.

“Jualan tiket F1 telah merosot sejak 2014.

“Sebaliknya, lumba motosikal Malaysia (MotoGP) nampaknya lebih berjaya dari segi menarik penonton dan potensi kesan limpahannya,” katanya pada majlis taklimat media di Kuala Lumpur, hari ini.

Razlan, bagaimanapun berkata, beliau tidak akan tergesa-gesa mengeluarkan pengumuman rasmi mengenai pemberhentian F1 di Malaysia kerana SIC mempunyai perjanjian ketat dengan pemegang lesen sehingga 2018.

“Penarikan diri secara sementara daripada F1 (selepas 2018) mungkin akan memberi manfaat kepada negara. Ketika ini, sesetengah pihak menyatakan produk itu (F1) tidak lagi menarik kerana ia dikuasai satu pasukan.

“Laporan awal untuk perlumbaan terakhir F1 juga menunjukkan jumlah penonton di Malaysia adalah yang terendah dalam sejarah,” katanya dengn menambah, F1 Singapura juga dilaporkan mencatat penurunan 20 peratus dalam jualan tiket.

Razlan membayangkan yang SIC akan memberi tumpuan kepada membangunkan MotoGP.

MotoGP, acara lumba motosikal terbesar dunia kali pertama diadakan di Litar Batu Tiga, Shah Alam pada 1991 sebelum dipindahkan ke Litar Pasir Gudang, Johor pada 1998 manakala Litar Sepang menganjurkan MotoGP pertamanya pada 1999.

Hujung minggu ini, Shell Malaysia MotoGP 2016, iaitu MotoGP Malaysia ke-26 akan menjadi tumpuan di SIC berikutan kejayaan perlumbaan jubli perak tahun lalu.

“Tahun lepas kita menyaksikan 85,000 penonton di MotoGP itu. Tahun ini semua tiket sudah habis dijual dan kami sasarkan jumlah tertinggi, iaitu 90,000 penonton, termasuk di tempat duduk di kawasan bukit.

“Jika semua pihak bekerjasama, termasuk kementerian pelancongan, sukan dan komunikasi, kita boleh meningkat lagi,” katanya.

Bagi penulis, penganjuran F1 ni bukan semata-mata dilihat keuntungannya daripada nilai jualan tiketnya. Banyak lagi faktor yang perlu dipertimbangkan baik dari segi ekonomi, promosi dan lain-lain lagi. 

Ia bukan sahaja menjana pendapatan sektor pelancongan tetapi juga pemangkin yang menghubungkan pelbagai aspek lain dalam rantaian bekalan.

Berdasarkan kajian Pricewaterhouse Coopers Capital Sdn Bhd, GP Malaysia 2011 menjana aktiviti ekonomi bernilai RM385 juta, iaitu pulangan tiga kali ganda pelaburan kerajaan dalam F1.

"Jangan kerana nyamuk habis satu kelambu yang dibakar".
Share this article

4 Komen:

  1. kalau sementara takde hal. nanti bila ekonomi pulih dan minat melonjak sekali lagi, bolehlah di sambung semula.

    BalasPadam
  2. Jual lah tiket harga murah...mesti berlambak orang tengok formula one...atuk kat felda pun boleh nengok...ni harga tiket..mak ooi...sebulan duit motong getah pun tak lepas

    BalasPadam
  3. Kalau kos lebih tinggi dari pendapatan, eluk juga digantung sementara.

    BalasPadam
  4. Banyak aspek kene nengok..F1 letakkan negara dalam peta dunia. Kalau tarik, walau sementara, kredibiliti negara juga akn terjejas..tambah dengan pelbagai isu yg dah negara tanggung slame ni. Betul, moto GP mampu tarik ramai pengunjung..tapi..kene nengok dr segi profile pengunjung dan limpahan aktiviti ekonomi berbanding F1..lagipon, kene nengok pelbagai kontrak yg termeterai antara pihak korporat sedia ada. Dan...pemain industri kat Malaysia pon kene bagi kerjasama...kalau F1 luar negara, sanggup bayar harga korporat suite/tiket yg ditetapkan...kenapa F1 dalam negara tidak mereka beri sokongan padu?...malah pihak penganjur diminta utk beri free/diskaun lebih 50%?

    Tepuk dada tanya selera...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top