Nuffnang

POKEMON GO : Sedar Atau Tidak, Agama Dipersendakan!!!


DILAPORKAN bahawa Masjid Putra di Persint 1 dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Persint 3 di Putrajaya, dan Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, sudah diletakkan sebagai tempat ‘PokeStops’ dalam permainan Pokemon Go.
PokeStops adalah tempat di mana pemain Pokemon Go memburu dan memungut item atau hadiah seperti telur. Lebih banyak item itu yang digelar ‘pokeball’ dikumpul, pemain akan mempunyai lebih peluang untuk menangkap Pokemon.

Pokemon Go ialah applikasi permainan telefon mudah alih yang menggunakan teknologi augmented reality (realiti berperantara) dan location-based (perisian berasaskan lokasi). Permainan ini dibangunkan oleh Syarikat Niantic Inc dengan kerjasama Syarikat Pokemon Antarabangsa dan Nintendo Co Ltd dan boleh dimuat turun melalui peranti mudah alih yang menggunakan Android dan IOS.

Pada 2001, Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi mengeluarkan fatwa mengharamkan animasi dan permainan Pokemon. Alasan yang beliau nyatakan ialah demi menjaga akal, akidah dan tingkah laku kanak-kanak, dan juga harta mereka daripada pembaziran, selain mengkritik tindakan ibu bapa yang meredai tindakan anak-anak mereka dalam isu ini.

Qaradhawi juga menyatakan bahawa fatwa beliau itu dikeluarkan apabila ramai ibu bapa yang prihatin perkembangan anak-anak mereka mengikut Islam, bertanya beliau mengenai hal ini dan sebelum mengeluarkan fatwa, beliau sudah merujuk ramai pakar dan pemikir termasuk penggiat seni budaya dan perfileman.

Beliau mengetengahkan beberapa sebab sebagai alasan siri animasi dan permainan ini patut diharamkan, iaitu:

1. Terdapat risiko bahaya ke atas akidah seseorang Muslim kerana Pokemon terbina di atas teori Darwin yang terkenal dengan idea evolusi, perkembangan dan perubahan organisma mengikut persekitaran dan zaman;
2. Memberikan bahaya kepada aqal kanak-kanak kerana ia dibina atas khayalan yang tidak dibina atas dasar aqal dan naqli;
3. Pokemon mengandungi bahaya dalam membentuk peribadi tingkah laku kanak-kanak dan hubungan dengan sekeliling kerana ia bersifat perlawanan dan promosi bahawa hanya yang kuat sahaja yang akan kekal;
4. Ia membawa kepada pertembungan dan sifat yang keras serta kasar seperti peperangan sentiasa berlangsung;
5. Boleh membawa kepada perjudian jika ada unsurnya; dan
6. Begitu juga terdapat beberapa gambar rajah dan symbol seperti bintang enam yang mempunyai hubungan dengan Freemason dan Zionis.

Dalam pada itu, Majlis Ulama Tertinggi (Hai’ah Kibar Ulama) Arab Saudi juga mengemukakan fatwa bahawa permainan Pokemon tidak Islamik.

Antara alasan diberikan ialah watak raksasa dalam animasi dan permainan itu memiliki kuasa tertentu, membawa kepada kekufuran. Begitu juga ia mengandungi elemen polytheism yang menggandakan jumlah dewa-dewa dan seterusnya mampu membawa kepada perjudian.

Dilaporkan juga masjid sebagai tempat ibadat umat Islam turut dijadikan ‘PokeGyM’, platform yang digunakan sebagai medan pertarungan bagi pemain yang sudah mula mencapai tahap lima permainan.

Itulah yang menyedihkan. Itulah kesannya apabila kerajaan membiarkan Pokemon Go masuk ke negara ini tanpa kawalan.

Akibatnya, ‘dewa-dewa’ mencemari tempat suci umat Islam. Adakah ini disengajakan supaya masjid dicemari?

Sebagaimana kata, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, selari dengan kaedah Sadd al-Dzari’ah (menutup pintu-pintu menuju kerosakan), adalah menjadi harapan permainan ini mesti dikawal daripada mencemari tempat suci umat Islam.

Masjid adalah tempat untuk beribadat. Masjid tempat memburu pahala dan akhirat, bukannya tempat memburu ‘dewa’ atau ‘raksasa’.

“Ya Allah! Tunjukkanlah kami kebenaran itu sebagai kebenaran dan rezekikanlah kami jalan untuk mengikutinya, dan tunjukkanlah kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kami jalan untuk menjauhinya.”

*** Baik juga Arab Saudi melarang kemasukan Pokemon Go. Jika tidak mungkin Masjidil Haram, Kaabah atau Masjid Nabawi menjadi PokeStops. Orang bersolat dan bertawaf, tetapi pemain Pokemon Go memburu ‘dewa dan raksasa’.

SUMBER
Share this article

3 Komen:

  1. Inilah siasah Dajjal laknatullah..

    BalasPadam
  2. kepada pemerintah, kenapa tidak dihalang?

    BalasPadam
  3. Orang Islam tidal seharusnya tunduk pada kemahuan orang kafir...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top