Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

"AURA" : Adakah Muhyiddin Lebih Hebat Daripada Anwar?


Kewibawaan adalah sangat penting dalam menentukan hala tuju parti dan sejauh mana sokongan akar umbi, kata seorang penganalisis politik.
Dan menurut Prof Madya Jeniri Amir, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dijadualkan mengetuai sebuah parti baru, kurang menyerlah, tidak seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, Jeniri, tidak yakin parti baru berkenaan akan memberi kesan besar dan hanya akan menarik sokongan daripada segelintir individu yang kecewa dengan Umno.

Katanya, sejarah telah membuktikan jangka hayat parti serpihan Umno adalah agak singkat seperti dalam kes Semangat 46.

“Saya percaya kehadiran parti baru serpihan Umno tidak mampu bertahan lama memandangkan ia hanya menampung mereka yang kecewa dengan pimpinan sekarang,” katanya yang dipetik akhbar Sinar Harian.

Menurut profesor itu, kekurangan kepimpinan berwibawa juga memainkan faktor sokongan bagi menggerakkan parti ke hadapan.

“Parti baru ini memerlukan mereka yang benar-benar berwibawa untuk mendapatkan sokongan umum, bukan sekadar ahli Umno yang kecewa,” katanya.

Jeniri berkata, penambahan parti Melayu juga akan membesarkan lagi ruang perpecahan Melayu yang kini terbahagi dua, menyokong pembangkang dan kerajaan memerintah.

“Ini hanya akan melemahkan keutuhan Melayu dan suara Melayu berpecah. Ini merugikan Melayu, sesuatu yang tidak baik,” katanya.

Walaupun Muhyiddin bakal menjadi presiden parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad disebut akan menjadi pengerusinya.

Mukhriz anak Mahathir pula disebut-sebut sebagai bendahari.

SUMBER
Share this article

4 Komen:

  1. TAK PENTING 'AURA', YANG PENTING ADA ALTERNATIF - ADA PILIHAN.
    Semasa 1MDB baru meletop in 1915, ramai orang Melayu bercadang
    mahu undi PAS dalam PRU14, tetiba Hadi bersedondon dengan Najib.
    Penuh AURA!!!!...................kahkahkah.
    Dan sekarang barulah thau 'AURA' Najib & Hadi bernilai 90 JUTA!!!
    Nasib baik ada partu baru, bakal ditubuhkan.
    Walaupun Mahyidin kurang AURA, tapi parti ini life savor untuk
    orang umno/PAS yang sudah kecewa dengan AURA kterlaluan gabung
    NAJIB& HADI = 90 Juta!!!!
    ADA ALTERNATIF, ADA PILIHAN, ADA JALAN BARU.
    Ini yang penting.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ngko ni pon dah jadi lebai malang...kata nilai Pas 90 juta ..pompuan orang Puteh tu pun dah tarik balik tuduhan yang tak berasas tu..nape le ngko ni bodoh sangat?

      Padam
    2. Ngko ni pon dah jadi lebai malang...kata nilai Pas 90 juta ..pompuan orang Puteh tu pun dah tarik balik tuduhan yang tak berasas tu..nape le ngko ni bodoh sangat?

      Padam
  2. muhyiddin jdi puppets Mahathir je la...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top