Nuffnang

PRN P. PINANG : Dalam Merayu, Guan Eng "Perlekeh" PKR!!!


Alahai PKR.... Dalam sokongan serta persetujuan mereka ditagih DAP, maruah dan harga diri mereka seperti dipermain-mainkan sahaja oleh sekutu mereka itu. Lihatlah betapa angkuh dan bongkaknya pemimpim DAPig ini.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini merayu PKR supaya dapat membuat keputusan bersama-sama untuk menyokong diadakan pilihan raya negeri (PRN) mengejut.

Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang secara terbuka merayu kepada kepimpinan tertinggi PKR agar menerima rancangan mereka untuk mengadakan PRN.

“Saya rayu pemimpin PKR, bukan pemimpin di sini, tetapi yang lagi atas (pusat), buatlah keputusan bersama walaupun saya tahu mereka takut kurang kerusi,” katanya dalam majlis penerangan Kerajaan Pulau Pinang yang bertajuk “Masa Depan Pulau Pinang” di sini.

Katanya, DAP juga bimbang akan perkara yang sama namun beliau mempunyai keyakinan terhadap rakyat Pulau Pinang.

“Saya tahu mereka (PKR) akan mengadakan satu mesyuarat esok dan berharap mereka akan menyokong cadangan kami,” katanya.

Antara pemimpin yang menghadiri majlis penerangan itu ialah Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Timbalan Ketua Menteri I Datuk Rashid Hasnon, Timbalan Ketua Menteri II Prof P. Ramasamy dan hampir seluruh barisan Exco kerajaan negeri.

Terdahulu, Lim mengumumkan bahawa Amanah bersetuju menyokong PRN itu diadakan.

“Saya diberitahu Mat Sabu bahawa mereka akan menyokong cadangan PRN dan kini hanya menunggu keputusan daripada PKR,” katanya.

Rabu lepas, Lim memberitahu sidang berita bahawa DAP akan memberi masa kepada rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan (PKR dan Amanah) untuk berbincang sebelum membuat keputusan mengenai PRN itu.

Cadangan mengadakan PRN itu berikutan tuduhan rasuah terhadap Lim.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top