Nuffnang

PERSENDA AGAMA : Namewee Muatnaik Video Terbaru "Oh My God"


Alahai si bahalol sorang ni. Susah sangat ke IS nak cari dia? Kurang ajar dan kebiadapan yang tidak berkesudahan. Orang seperti inilah yang sepatutnya menjadi sasaran IS. Bukan setakat Islam, habis semua agama dipersendakannya! Lahanat!

Memetik SUMBER, Penyanyi rap, Namewee, yang sebelum ini mempersendakan lagu Kebangsaan, Negaraku, sekali lagi menunjukkan kebiadapan dan mencetuskan kontroversi apabila menghasilkan muzik video ‘Oh My God’ yang dianggap menghina pelbagai agama, termasuk Islam.

Klip muzik video empat minit yang diarah dan dihasilkan dengan penampilan khas pemuzik Taiwan yang dikenali sebagai Nine-One-One itu dimulai dengan laungan azan, koir gereja, pukulan gong meditasi Buddha dan loceng kuil Hindu.

Dia yang sebelum ini juga menimbulkan kontroversi apabila menyuruh orang Melayu tinggal di hutan, turut menggunakan istilah seperti Allah, Namo Amitabha, Hellelujah dan Om Mani Padme Hum, ketika menyanyi rap dalam klip video itu.

Klip video itu dimuat naik semalam.

Dalam satu klip video berjudul ‘Tokok’ dia menjelaskan keputusannya menyiarkan klip video ‘Oh My God’ bertujuan menggalakkan keharmonian agama di negara ini.

“Perkara yang paling sukar ialah video itu mungkin akan diharamkan di Malaysia. Anda akan memahami selepas anda menonton muzik video itu.

“Kami hanya mahu menggalakkan keharmonian dalam semua agama. Banyak negara berhadapan isu-isu agama…ada juga beberapa negara yang mempunyai konflik berterusan tanpa perdamaian,” katanya.



Keharmonian bukan dengan cara mempersendakan agama beb! Banyak lagi caranya....

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
Jauhilah diri daripada orang yang menjadikan agama sebagai permainan dan hiburan. Mereka pula telah terpedaya dengan kehidupan dunia dan peringatkanlah mereka dengan Al-Quran supaya mereka tidak terjerumus ke neraka di akhirat disebabkan perbuatan mereka yang keji dan buruk. Tidak ada pelindung dan pemberi syafaat kecuali Allah. Sekiranya mereka hendak membebaskan dirinya dengan segala jenis penebusan, semuanya tidak diterima lagi. Mereka ini adalah golongan yang dijerumuskan ke dalam neraka dengan sebab usaha mereka. Mereka diberi minuman dengan air panas yang menggelegak dan ditimpakan azab disebabkan mereka kufur.
Share this article

4 Komen:

  1. Saya orang yang adil dan saksama. Saya rakyat Malaysia, Kaum saya ialah kaum tiong hua, Video ini bukannya video yang hina agama tetapi video ini hanyalah gabungan pelbagai agama. Selalunya kita terlihat gabungkan kaum untuk menunjukkan perpaduan di Malaysia, sekarang ada gabungkan agama. Ini baru keharmonian dan keserasian! Hentikan isu perkauman dan agama. I LOVE MALAYSIA, peace. Renungkan kalau artikel macam ini disebarkan anda yang cipta entri ini akan MUNGKIN tidak diredha malah lebih berdosa. Percaya saya video ini bersifat mulia, Saya lagi sedih apabila kaum melayu tidak digunakan dalam merujuk kepada islam tetapi Arab yang digunakan. Fikirkanlah siapa yang menyebabkan semua ini. Kalau kamu sekadar nak popularity saya harap kamu bukan ekstrimis tetapi sekadar main-main. Kalau kamu ada hati naluri lagi sila ubah tajuk entri ini kepada" Lagu terbaharu gabungkan agama" Sekian, salam satu Malaysia.

    BalasPadam
  2. Saya dengan bangganya mencari entri Google dengan Bahasa yang membuatkan saya bangga iaitu Bahasa Malaysia tetapi inikah jawapan yang saya dapat? Sedangkan semua orang puji video ini. Blog Bahasa ini asyik kutuk je, tak fikir sama ada memang ada unsur ejeksan dalam video ini. Bagaimana Bahasa Malaysia disanjungi dunia kalau macam ini, aduh sedih saya melihat nasib Bahasa Malaysia menjadi begini, Fikirkanlah siapakah penyebabnya. Oh ya kalau boleh sila betulkan kesilapan mu dalam blog yang lain kerana entri mu telah disebarkan ke blog yang lain. semoga anda dicerahkan dengan kebenaran.

    BalasPadam
  3. Tanpa nama di atas ni nak komen pun guna Google Translate. Habis tu tanya pula bagaimana Bahasa Malaysia boleh disanjung dunia. Nampak sangat pengomen di atas ni karut. Mereka ini sekadar RBA mencari alasan atas kerosakan yang telah dibuat. Matlamat menghalalkan cara.

    BalasPadam
  4. Wahai semua manusia, bertaubatlah sebelum terlambat, kesenangan(dedak dan suapan) anda tidak adil dan tidak diiktiraf oleh semua rakyat Malaysia. Kesenanganmu mengaburi mata anda, Anda ingat semua kekayaanmu adalah diperoleh dengan senang. Anda ingat semua orang kaya dan mampu menyara hidup, Namun lihatlah sekarang, lambat laun bilangan orang miskin akan bertambah. Lebih ramai sanggup curi dan pecah rumah, Di manakah keamanan yang dikejari? Rumah kita mungkin menjadi sasaran, Anda yang memandu tiba-tiba diserang oleh sekumpulan penjenayah,Keluhan dan rungutan saja di tanah air ini. Inikah yang kita mahu?

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top