LEPAS JAWATAN : Husni Dipuji MB Kelantan Dan Netizen
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob memuji bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah yang memilih untuk ke Jordan bagi mempelajari bahasa Arab, pengajian al-Quran dan hafazan.
Menurutnya, keputusan Ahmad Husni melepaskan semua jawatan dalam pentadbiran kerajaan dan parti dianggap tindakan yang harus dibanggakan.
"Saya terharu membaca liputan mengenai hasrat beliau itu. Tambahan pula perancangan itu dibuat pada bulan Ramadan yang mulia ini.
"Ia perancangan yang sangat baik dan harus dipuji. Kita perlu seorang profesional seperti beliau menerokai khazanah ilmu bahasa al-Quran khasnya dalam agenda pengabdian diri kepada ALLAH SWT," katanya dalam satu kenyataan, di sini.
Timbalan Mursyidul Am Pas itu juga berharap Ahmad Husni meneruskan tekadnya itu dan agar ilmu al-Quran menambahkan kepakaran pemimpin itu dalam bidang ekonomi serta kewangan Islam.
Isnin lalu, Ahmad Husni mengumumkan peletakan jawatannya dalam Kabinet sehinggalah semua jawatan dalam Umno sambil meminta semua pihak menghormati keputusannya itu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



malaysian embassy in bangkok sealed after myanmar ...

melaka has been attracting visitors for more than ...

trouble at kl tower fahmi fadzil government and li...

minister be civil when posting on 3r issues

lina nak dengar sangat suara abah anak oku ini cub...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
Allah tahu segala sebabnya, x boleh lari punya walau ke hujung dunia. Setakat mengundur diri x membasuh dosa. Kalau ada salah dengan Najib eluk hari raya ni minta maaf. Barulah bahagia.
BalasPadam