Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

"SOROK KELUARGA" : Alasan Rafizi Dicemuh Netizen!!!


Kenyataan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli tentang punca beliau ‘menyembunyikan’ keluarganya daripada khalayak ramai gagal mengundang simpati orang ramai sebaliknya menerima cemuhan sebilangan netizen.
Rafizi dalam satu kenyataan baru-baru ini mendedahkan punca beliau tidak pernah membawa isteri atau anaknya ke program politik atau khalayak ramai kerana bimbang akan menjadi senjata musuh-musuh politiknya.

“Pernah sekali kami diambil gambar bersama, gambar itu dijadikan bahan oleh blog-blog membuat cerita bahawa isteri saya minta cerai kerana saya lebih suka kepada lelaki serta saya tidak ada nafsu terhadap isteri saya.

“Saya mula faham ketika itu bahawa musuh politik saya akan kata perkara yang terkeji hanya untuk melemahkan semangat saya,” dakwanya seperti disiarkan oleh sebuah portal berita pada 27 Jun lalu.

Bagaimanapun, netizen yang membaca berita berkenaan dengan pantas melemparkan pelbagai cemuhan melalui ruangan komen.

Seorang netizen menggunakan nama media sosial Anak Cine Sky High berkata, kenyataan Rafizi itu sangat jelas menunjukkan beliau seorang pemimpin politik yang hanya mementingkan diri.

“Inilah manusia yang bernama Rafizi Ramli. Sorok isteri dan anak dari khalayak ramai kerana takut mereka menjadi bahan atau senjata untuk melemahkan semangat beliau.

“Tetapi pada beliau tidak pula berasa perasaan yang sama apabila menghentam, caci maki, memfitnah, mentertawakan serta membuat bahan jenaka kepada anak-anak serta isteri-isteri musuh politiknya. Sehingga pada ketika suatu kes hingga ke mahkamah beliau baru mengaku bahawa beliau sebenarnya bergurau.

“Inilah Rafizi. Ingatkan pahlawan rupanya hanya tukang pegang bendera perang dan tukang sorak. Bila perang tiba beliau yang pertama lari tinggalkan bendera,” katanya.

Darna Arif pula berkata, “Rafizi..jangan fitnah orang lain kalau takut bini sendiri jadi mangsa fitnah. Bini kau tu cantik banyak modal orang boleh buat fitnah”

Airun Rashid berkata: “Fitnah orang lain kata gurau. Takut pula isteri sendiri kena. Semoga sedar”

Umum mengetahui Rafizi merupakan pakar propaganda Pakatan Harapan yang menjalankan tugas untuk menyebarkan pelbagai fitnah dan dakyah tentang kerajaan dalam pemikiran rakyat. –Mynewshub
Share this article

6 Komen:

  1. Pondan yang suka lelaki....sama la macam al juburi...pergi mana2 pun jarang bawak isteri.

    BalasPadam
  2. Reproductive Options for Gay Men

    Gay couples and single men can build their families with the combination of donor eggs, their own sperm and a surrogate. With the use of in vitro fertilization, donor eggs can be fertilized with sperm of the intended parent(s) and the resultant embryos can be transferred back into a gestational surrogate to carry the pregnancy. When using anonymous egg donation/surrogacy the pregnancy rates are very high as the egg donors are young and the surrogates are chosen for the healthy uterine environment we think they can provide. However, an egg donor can be someone known to the individual (or couple) and then the chance of conceiving is dependant on the age and reproductivehealth of the egg donor.

    BalasPadam
  3. Baru aku tahu, Rafizi ada bini dan ANAK rupanya.
    Tahniah Rafizi kerana melindungi kelaurgamu.
    Dunia politik memang kejam.
    Tak dapat tangan kanan, tangan kiri dan kiki habis diserang.
    Jadi eloklah jangan libatkan keluarga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau takut anak bini terpopular jgn masuk politik habis cerita....tengok jadi orang biasa2 jer...aman hidup....so kalau bini kau tu dari mula dah tahu kau suka politik terima jerlah....kan kan kan...banyak...celah gigilah cik minah otak blank...

      Padam
    2. kalau xde org macam rafizi ni..sampai ke mampos kau kena bodoh kan oleh najib ngan rosmah.

      Padam
  4. Heran jugak cara pemikiran golongan penyokong LGBT ni ye ...

    Isteri sendiri dia takut org buat fitnah,
    tapi isteri org lain dia ditugaskan buat fitnah pulak ...
    BERGURAU katanya dia bagitau mahkamah ...

    Tapi kalau tengok gaya bini dia berpakaian mcm 'shemale' aje ..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top