Nuffnang

VIDEO : Bukti Jelas Haron Din Dan Ulama Ditolak PAS Liberal!!



Penulis dah semakin keliru dengan perjuangan sesetengah pimpinan PAS ni. Kalau mereka dengan bangga dan bongkaknya mendakwa merekalah pejuang agama dan pewaris Nabi, akan tetapi mengapa dan kenapa pula keputusan Dewan Ulama mereka engkari dan persendakan? Apatah lagi untuk akur dan mematuhinya.

Musyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din berkata tahaluf siyasi (kerjasama politik) yang diputuskan sebagai wasilah untuk memastikan nilai, dasar dan hukum Islam ditegakkan demi keredaan Allah.

Menurutnya lagi, kerjasama itu perlu mendorong kepada maslahah (kebaikan) dan bukan mafsadah(keburukan) seperti permusuhan, kritikan yang memecah belah parti dan campur tangan pihak tertentu.

"Tahaluf siyasi bukan janji. Tahaluf sekarang ini adalah tahaluf siyasi ta'awun lil-maslahah (kerjasama politik untuk mencapai kebaikan). Jika tidak ada maslahah, faham-faham sajalah.

"Kalau ada maslahah, kita pakai. Kalau berlaku mafsadah seperti permusuhan, kritikan pecah belah, campur tangan, kita kena rujuk kepada Al-Quran," katanya sambil membaca sepotong ayat Al-Quran.

"Oleh itu, saya menggesa ahli, ahli syura, dan ulama PAS yang menyayangi PAS beriltizam untuk mempertahankan PAS di tengah-tengah tentangan segenap penjuru," katanya sewaktu menyampaikan ucapan perasmian Muktamar Dewan Ulama PAS di Gombak pagi ini.

Kuasa penuh Majlis Syura

Sebelum itu dalam ucapannya, Haron menyenaraikan enam garis tahaluf siyasi yang perlu difahami dan dipegang selepas diputuskan.

Antaranya, kerjasama tersebut harus dijadikan wasilah menegakkan Islam, dan membuka ruang pelaksanaan hukum Islam.

Dengan kerjasama itu juga, ia dapat memastikan Islam dipertahankan, kata Haron lagi.

"Ketaatan hendaklah diberikan kepada kepimpinan PAS bukan kepada parti lain dalam bertahaluf.

"Ia juga menjadi ruang medan dakwah.

“Dan yang terakhir Majlis Syura Ulama mempunyai kuasa penuh membuat keputusan mengenai kesinambungan tahaluf siyasi sama ada terdapat maslahah atau mafsadah dari semasa ke semasa," katanya.

Penghinaan ke atas team Ulama semakin melampau apabila dihadiahkan penyapu di Shah Alam.

Nilai juga video di bawah yang dengan jelas menunjukkan team yang diketuai Ust Ahmad Awang menolak usaha merealisasikan UG termasuk menolak kesepakatan Dewan Ulama PAS.

Adakah bersekongkol dengan Dapigs Dan PKR lebih baik selepas apa yang rakan pakatan mereka lakukan selama ini?
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top