Nuffnang

KELUAR AWAL : Khairy Antara 3 Menteri "Tinggalkan" Mesyuarat Jemaah Menteri?



Ketika timbul spekulasi terdapat perselisihan menteri-menteri berhubung pengendalian 1MDB, tiga anggota kabinet dilapor keluar awal daripada mesyuarat kabinet hari ini.

Memetik sumber, China Press melaporkan bahawa mereka ialah Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Shabery Cheek dan Khairy Jamaluddin.

Berita itu juga melaporkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan bilik mesyuarat selepas mesyuarat tamat.


Sumber itu berkata, biasanya menteri kabinet akan tinggal sebentar untuk berbincang lanjut berhubung keputusan kabinet.

Daripada empat menteri itu Shafie, Khairy dan Muhyiddin dikatakan menuntut ketelusan dalam isu 1MDB.

Khairy kemudian menjelaskan bahawa beliau keluar awal kerana mempunyai penerbangan ke Kemboja.


“Cubaan yang bagus,” tulisnya di Twitter sebagai reaksi terhadap laporan itu.

Khairy pada ketika ini sedang menghadiri The Ninth ASEAN Ministerial Meeting On Youth (AMMY) yang berlangsung Di Sieam Reap, Kambodia.

Khairy turut membentangkan perlaksanaan Parlimen Belia Malaysia (PBM) yang mana menerima maklumbalas positif untuk dilaksanakan di peringkat ASEAN.


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top