Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

TAKBIR!!! Syor Putus Hubungan Dengan DAP Diluluskan!!!


Penulis amat teruja dengan perkembangan terbaru ini. Bukan apa, sekurang-kurangnya agama Islam tidak akan dengan sewenang-wenangnya dipermainkan oleh pemimpin politik khususnya yang bersekutu dalam PR. Biar apa jua alasan, agama bukanlah sesuatu yang boleh "dicagarkan" demi kelangsungan politik masing-masing.

Muktamar Dewan Ulama PAS sebulat suara mencadangkan kepada Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa pusat PAS supaya membatalkan kerjasama dengan DAP tetapi kekal bekerjasama dengan PKR dan Pakatan Rakyat.

Usul tergempar oleh ahli jawatankuasa Dewan Ulama Mokhtar Senik dibuat rentetan daripada serangan dahsyat DAP terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan parti itu.

"DAP dengan lantang menggugat kedudukan PAS dan presiden dengan mengisytiharkan memutuskan hubungan dengan presiden yang menjadi ayah kita dalam PAS.

"Kita tidak sanggup menyerahkan presiden kita dinodai parti rakan DAP. Keberanian DAP itu disebabkan setengah kita tidak memberi walak kepada presiden.

"Mereka masuk dalam rumah kita, cuba ganti ayah dalam rumah kita. Sikap DAP seolah-olah dia memimpin PAS dan cuba mengawal PAS, seolah-olah PAS tidak ada presiden," katanya.

Beliau mendakwa DAP cuba melakukan pencerobohan dalam PAS dengan cuba mengawal muktamar PAS dengan menghantar isyarat jika hendak mengukuhkan PAS dalam Pakatan, maka hendaklah mengekalkan kepimpinan pro-Pakatan.

"Jadi kita usulkan, putuskan hubungan dengan DAP tapi bukan dengan PKR dan Pakatan.

"Kita mahu menghantar isyarat bahawa parti Islam ini ada dasar dan prinsip," katanya.

Kemudian, Perwakilan Dewan Ulama Perak, Nor Azli Musa bangun untuk membahaskan usul tergempar itu dengan menyeru semua perwakilan bangunan sebagai tanda sokongan kepada usul tersebut.

Semua perwakilan yang hadir bangun dan mengucapkan takbir beberapa kali sehingga bergema di dewan Datuk Fadzil Monhd Noor di Taman Melewar, Gombak.

Usul itu kemudiannya diisytihar diterima sebulat suara oleh pengerusi tetap.

Selepas itu, perwakilan Kelantan Hassan Mahmood bangun mahu cadangan itu dipinda sedikit supaya Majlis Syura mengkaji kedudukan PAS dalam Pakatan dari sudut maslahah dan politik sebelum membuat keputusan itu.

Bagaimanapun Nor Azli kemudiannya bangun semula membantah syor Hassan memandangkan usul itu telah diterima sebulat suara.

Pengerusi tetap memutuskan cadangan memutus hubungan DAP dikekalkan tanpa pindaan.

BB : KENAPA DENGAN DAP SAHAJA? ADAKAH PAS MASIH TAKUT UNTUK BERJUANG BERSENDIRIAN? 
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top