Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

#FBP2015 30 Pasukan Bersaing Rebut Piala KBS!


PUTRAJAYA – Bertempat di Stadium Pancarona, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Jamil bin Salleh telah merasmikan sebuah KBS CUP 2015 Peringkat Kebangsaan yang menyaksikan lebih kurang 30 buah pasukan berentap. Turut hadir, Ketua Pengarah Belia dan Sukan, Datuk Hatipah binti Ibrahim.

Program ini telah diadakan buat kali kedua setelah dimenangi oleh pasukan Negeri Perlis pada tahun 2014 yang lepas. Antara pasukan yang mengambil bahagian pada tahun ini ialah Pasukan Johor, Melaka, Pulau Pinang, Pahang, Kelantan, Labuan, Perak, Perlis, Melaka, Sarawak, Terengganu, dan Negeri Sembilan.

Hadiah kejohanan bagi KBS CUP 2015 pada kali ini bakal menyaksikan juara membawa pulang wang tunai berjumlah RM5000 dan medal, naib johan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM3000 bersama medal, tempat ketiga dan keempat menerima wang tunai RM2000 dan medal, manakala tempat kelima sehingga tempat kelapan akan menerima RM1000.

Siapakah yang bakal menggantikan negeri Perlis dan seterusnya menyandang gelaran juara bagi KBS CUP 2015 ini? Sama-sama kita nantikan perlawanan yang akan berakhir pada 23 Mei 2015 ini.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top