PUTRAJAYA: Berdasarkan cogan kata ASEAN Berpaksikan Rakyat sebagai tema utama, sebenarnya ianya adalah selaras dengan pembentukan Komuniti ASEAN 2015. Ini adalah satu langkah jitu ke arah merealisasikan aspirasi rakyat melalui tadbir urus yang lebih baik, pembangunan lestari.
Kuiz ASEAN 2015 yang mengambil tempat di bangunan Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah memperlihatkan kebijaksanaan para peserta dalam bertanding merebut gelaran juara ASEAN 2015. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kesedaran golongan belia khususnya mengenai ASEAN, Kepengerusian ASEAN, dan Komuniti ASEAN.
Program ini diadakan khas sempena Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun 2015 dan terbuka kepada golongan belia rakyat Malaysia berumur 18-20 tahun. Kelangsungan program ini adalah diinspirasikan oleh program Kuiz ASEAN Serantau yang merupakan salah satu program di bawah kalendar ASEAN-COCI (Committee of Culture and Information) yang dilaksanakan setiap 2 tahun. Program ini juga mendapat kerjasama dari Majlis Belia Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia dan agensi-agensi di bawah KKMM.
Antara objektif pertandingan adalah untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kesedaran mengenai hal ehwal ASEAN dan Komuniti ASEAN di kalangan belia seluruh negara. Kedua, mendedahkan golongan belia kepada aspek kebudayaan, politik ekonomi, dan sosial negara-negara ASEAN Selain itu. menyemai semangat kesefahaman dan setia kawan di kalangan generasi muda bakal pemimpin dan peneraju masa depan ASEAN. Akhir sekali, meningkatkan minat membaca, memahami dan menyokong pembentukan Komuniti ASEAN daripada golongan belia.
Pemenang tempat pertama Kuiz Asean adalah Amirah binti Mohd Lotfi yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM 2500, trofi, gajet komunikasi dan sijil penyertaan. Manakala pemenang tempat kedua, Mohd Khaidzir Farhan bin Abidin membawa pulang wang tunai RM1500, trofi, gajet komunikasi dan sijil penyertaan. Tempat ketiga pula menerima wang tunai berjumlah RM1000, trofii, gajet komunikasi dan sijil penyertaan.
Aziey Alias
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....