Nuffnang

VIDEO : RASIS!!! Hong Leong Bank Terpaksa Tarik Balik Iklan!!!


Iklan 30 saat yang tersebar melalui YouTube itu memaparkan seorang pembantu rumah warga Filipina yang dilakonkan oleh pelakon lelaki yang memakai rambut palsu dan wajahnya dimekapkan gelap. 

Pelakon yang sama juga berlakon sebagai majikan pembantu rumah itu.

Menurut South China Morning Post, iklan itu muncul ketika ada kebimbangan masyarakat mengenai layanan majikan kepada pembantu rumah serta ancaman isu perkauman di Hong Kong.

Jurucakap Badan Penyelaras Pendatang Asia, Eni Lestari berpendapat iklan itu memperlekehkan komuniti warga asing yang jadi pembantu rumah di Hong Kong.

"Bagi (warga Hong Kong) ia lucu tetapi mereka tidak sedar apa yang lucu itu sebenarnya perkauman," katanya seperti dipetik oleh AFP.

Eni mempersoalkan kenapa bank berkenaan tidak mengambil pelakon dari Indonesia atau Filipina untuk melakonkan watak pembantu rumah itu. Hong Kong dilaporkan mempunyai kira-kira 300,000 orang pembantu rumah asing.


KUALA LUMPUR: Hong Leong Bank menarik balik sebuah iklan produk insurans yang disasarkan kepada pembantu rumah di Hong Kong selepas iklan tersebut dikecam sebagai bersifat perkauman dan mencetuskan kontroversi terutamanya melalui media sosial.

Iklan itu dikecam oleh beberapa NGO yang membela hak pembantu rumah dan mendesak Hong Leong Bank meminta maaf kepada semua pembantu rumah warga Filipina.

Bank yang berpejabat di Malaysia itu melalui jurucakapnya bagaimanapun menegaskan ia tidak berniat untuk menyinggung perasaan atau mendiskriminasi mana-mana pihak, lapor South China Morning Post.

"Kami kesal dengan iklan terbaru kami…yang mencetuskan komen yang menyifatkannya sebagai perkauman," kata jurucakap bank itu, Norlina Yunus seperti dipetik oleh akhbar tersebut.

"Hong Leong tidak pernah berniat untuk menyinggung mana-mana pihak atau bersikap diskriminasi atas alasan kaum, jantina dan sebagainya."

Sementara itu, AFP juga melaporkan Suruhanjaya Kesamarataan Peluang Hong Kong juga kritikal dengan iklan itu.

"EOC tidak setuju dengan gambaran yang stereotaip terhadap pembantu rumah dalam iklan itu dan kesal bahawa ia telah menyinggung masyarakat pekerja asing."

Ia memberi amaran kepada pengiklan supaya "hormat kepada maruah manusia tanpa mengira kaum dan etnik."

Kontroversi iklan itu berlaku hanya beberapa minggu selepas isu buku teks di Hong Kong yang meminta murid menyesuaikan orang pelbagai etnik dengan pekerjaan tertentu. Buku teks itu disifatkan mengasuh kanak-kanak untuk mempunyai pandangan yang stereotaip tentang masyarakat di sekeliling mereka, misalnya warga Indonesia pembantu rumah atau orang Jepun pemilik restoran sushi.

Ia juga berlaku selepas beberapa kes penderaan ke atas pembantu rumah. Antaranya, kes pembantu rumah Indonesia, Erwiana Sulistyaningsih, yang didakwa didera oleh majikan. Majikannya sedang dibicarakan di mahkamah.

Di laman Facebook, Hong Leong Bank turut mendapat pelbagai reaksi yang rata-ratanya ingin bank itu memohon maaf.

"Anda (pihak bank) harus menarik balik iklan itu dan memohon maaf. Ia tidak sesuai dari aspek profesionalisme perkhidmatan kewangan anda," kata Kahlil Stultz.

Pengguna Yael Marwah berkata, iklan berkenaan bersifat perkauman dan boleh menyinggung perasaan beberapa pihak.

"Saya mahu pihak bank untuk menarik balik iklan itu (di televisyen, dalam talian atau di bas) dan membuat permohonan maaf secara terbuka. Ini adalah perminataan minima bagi menunjukkan bank tidak menyokong diskriminasi dan perkauman," tulis Yael. 

- astro awani

INFO: Rasisme (bahasa Inggeris:Racism) merupakan satu bentuk kepercayaan, sikap dan amalan yang mendiskriminasi segolongan manusia berdasarkan ciri-ciri perkaumannya. Pada dasarnya, kepercayaan ini mengandaikan bahawa manusia boleh dibahagikan kepada kaum yang berbeza; dan serentak itu, ia juga mengandaikan bahawa nilai dan darjat seseorang boleh ditentukan berdasarkan kaum yang diwakilinya. Dalam bahasa Melayu, konsep rasisme sangat berkaitan dengan perkauman dan juga semangat assabiyah.




Share this article

1 Komen:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top