Nuffnang

MAHAL!!! Hantaran Antara Punca Anak Muda Tidak Berkahwin?


Apakah benar wang hantaran menjadi penghalang utama kepada anak muda untuk berkahwin?


Isu ini mungkin telah lama berlaku dikalangan kita. Tapi realitinya, perkara ini serius berlaku di mana antara punca anak muda lambat kahwin adalah disebabkan hantaran yang dikenakan oleh pihak perempuan adalah mahal...

Dalam keadaan kos hidup yang meningkat pada ketika ini, ada suara-suara mengatakan, perlu kenaikan pada hantaran kahwin... Namun, bila difikir, bukankah ini hanya menambahkan bebanan pihak lelaki? Pihak lelaki perlu memikirkan kos kahwin kedua belah pihak... itu tak ambil kira kos jarak antara pihak lelaki dan perempuan lagi...

Mungkin ibubapa perempuan terlepas pandang akan hal ini, tapi percayalah antara alasan yang diberikan oleh lelaki bujang yang mahu berkahwin adalah "mahu kumpul duit dahulu"... bayangkan kalau gaji lelaki tu kecik? Bila masa dia nak kumpul duit...? Lebih kasihan lagi ada pihak yang terpaksa meminjam hanya untuk berkahwin... sedih!






Hari ini pertambahan jumlah penduduk di Malaysia semakin hari bertambah sehingga mencecah 28 juta orang. Namun pertambahan ini tidak banyak kerana terdapat ramai lagi rakyat Malaysia yang masih belum lagi berkahwin.

Antara faktor utama mereka tidak berkahwin adalah seperti masalah kewangan, tiada calon yang sesuai, kemajuan kerjaya, selesa hidup membujang dan sebagainya. Perkahwinan ini mempunyai 4 hukum seperti yang dijelaskan artikel sebelum ini.




Bilangan rakyat Malaysia berumur 25 tahun ke atas yang tidak pernah berkahwin adalah seramai 2.5 juta orang atau 16.7 peratus daripada jumlah penduduk negara. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Heng Seai Kie berkata, daripada jumlah tersebut, 60.4 peratus adalah lelaki dan 39.6 peratus lagi wanita.

Jelasnya, Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 juga mendapati purata umur perkahwinan pertama bagi lelaki telah menurun daripada 28.6 peratus pada 2000 kepada 28 peratus (2010). “Selain itu, Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Ke-4 pada 2004 yang dijalankan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mendapati 32.1 peratus daripada responden tidak pernah berkahwin.

“Daripada jumlah itu, 56.6 peratus daripada mereka ialah lelaki dan 44.4 peratus wanita,” katanya pada sidang Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan asal Senator Datuk Boon Som Inong yang meminta kementerian tersebut menyatakan jumlah wanita dan lelaki di negara ini yang belum berkahwin sertaadakah kerajaan bercadang mewujudkan pusat temu jodoh bagi membantu golongan tersebut. 

Seai Kie memberitahu, hasil kajian yang sama juga mendapati faktor-faktor utama lelaki tidak berkahwin adalah masalah kewangan (44.7 peratus), tiada calon sesuai (19.3 peratus), kemajuan kerjaya (12.8 peratus) dan mempunyai komitmen terhadap keluarga (7.4 peratus).

Katanya, bagi golongan wanita, punca utama adalah tiada calon sesuai (40 peratus), masalah kewangan (14 peratus), kemajuan kerjaya (8.4 peratus), selesa hidup membujang (8.4 peratus) dan mempunyai komitmen terhadap keluarga (7.4 peratus).

Jelasnya, buat masa ini, kementerian tidak bercadang untuk mewujudkan perkhidmatan pusat temu jodoh secara online.

“Ini kerana perkhidmatan tersebut telah disediakan oleh pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa parti politik,” katanya.



BB : Semua ibu bapa mahukan anak-anak gadis mereka mendapat jodoh yang baik dan dalam masa yang sama impikan pasangan anak-anak mereka terdiri dari golongan yang "berkemampuan". Namun, meletakkan jumlah hantaran yang tinggi tidak sepatutnya berlaku. Fikir-fikirkan...
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top