Nuffnang

FITNAH ROSMAH!!! Sejantan Manakah Nga Kor Ming?


Ketua DAP Perak, Nga Kor Ming diberi tempoh 48 jam untuk membuat permohonan maaf dan menarik balik kenyataannya yang mendakwa Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri mesyuarat Kabinet.

Sekiranya Nga gagal berbuat demikian, dia mungkin berdepan tindakan saman fitnah oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, surat tuntutan telah diserahkan kepada pejabat Nga pada Jumaat.


“Saya meminta beliau (Nga) membuat permohonan maaf dan menarik kenyataan itu. Nga juga perlu menerbitkan permohonan maaf itu di dua akhbar tempatan sama ada akhbar berbahasa Melayu atau Inggeris.


“Pelanggan saya (Najib) memberikan beliau 48 jam untuk membuat surat permohonan maaf dan menarik gambar serta komen itu sepenuhnya,” kata Hafarizam seperti dilaporkan portal www.bnbcc.my.


Bulan lalu, Nga didakwa telah memuat naik di laman sosial gambar yang menunjukkan Najib dan mengemukakan soalan kenapa perlu isteri Perdana Menteri berada bersama sewaktu Mesyuarat Kabinet.


Gambar itu bagaimanapun bukan diambil di Mesyuarat Kabinet sebaliknya diambil ketika kunjungan rasmi Perdana Menteri ke luar negara.


“Beliau (Nga) juga perlu menawarkan saguhati sepadan, terpulang kepada beliau untuk membuat tawaran dan beliau juga perlu menahan dari menerbitkan isu sama lagi, jika gagal, tindakan undang-undang akan dimulakan terhadap beliau,” tambah Hafarizam.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top