Kerajaan yakin Proton mampu bersaing dengan kereta import kerana ia setanding dengan jenama antarabangsa seperti BMW, Volvo, Toyota and Honda.
Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa berkata perkara itu berasaskan penarafan lima bintang daripada Asutralasian Car Assesment Program (ANCAP) dan ASEAN NCAP berhubung ciri-ciri keselamatannya.
Pengeluaran model-model kereta Proton terbaharu mempamerkan kemajuan teknologi, mutu dan prestasi setanding dengan kereta-kereta yang diimport.
“Penarafan ini membuatkan model-model kereta Proton adalah setaraf dengan model-model yang dikeluarkan oleh pengeluar-pengeluar terkemuka seperti BMW, Volvo, Toyota dan Honda,” kata Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menjawab soalan Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar di Dewan Rakyat hari ini yang meminta kementerian itu menyatakan sama ada Proton mampu bersaing dengan kereta import.
Menurut Mustapa, ciri-ciri model Proton ini digabungkan dengan ciri pemanduan serta pengendalian Lotus yang mencetuskan prestasi unit serta memberikan mutu yang memuaskan.
Model Preve, Suprima S dan Iriz yang dilengkapi dengan teknologi keselamatan seperti sistem brek cegah kunci (EBS), pengagihan daya brek elektronik (EBD), brek pembantu (BA) kawalan kestabilan elektronik (ESC) dan kawalan kestabilan elektronik (ESC).
Wakil Rakyat Batu Gajah itu juga bertanya, apakah Proton mampu memenuhi pasaran tempatan serta berapa lamakah tempoh menunggu untuk seseorang pelanggan mendapatkan keretanya selepas membuat tempahan.
“Tempoh menunggu bagi tempahan bagi model-model seperti Saga, Iriz, Persona, Suprima S dan Exora adalah sekitar satu bulan.
“Manakala bagi Preve sekitar satu hingga satu setengah bulan, bagaimanapun tempoh menunggu ini bergantung kepada kepada status kelulusan pinjaman pelanggan,” katanya.
Itu kata kementerian yang terlibat, tetapi anda sebagai pengguna macam mana?
Kita sebagai pengguna memilih jenama atau kualiti? Pastinya kualiti bukan? Adakah kita yakin dan berpuashati dengan kereta-kereta tempatan jika dibandingkan dengan nilai yang kita perlu bayar?
Kita sebagai pengguna memilih jenama atau kualiti? Pastinya kualiti bukan? Adakah kita yakin dan berpuashati dengan kereta-kereta tempatan jika dibandingkan dengan nilai yang kita perlu bayar?
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....