Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

CUKAI BERGANDA : Restoran Mamak Bebas Caj Perkhidmatan Dan GST?


SHAH ALAM - Caj perkhidmatan sehingga 10 peratus masih dikenakan oleh segelintir peniaga kepada pengguna walaupun Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mula dilaksanakan pada 1 April lalu.

Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Abdullah Sani berkata, walaupun Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dimansuh dan digantikan dengan GST, namun caj itu masih dikutip oleh peniaga.


"Saya sendiri terasa beban GST itu, bayangkan ada kedai dan restoran mamak mengenakan caj servis lima peratus dan ditambah pula GST enam peratus menjadikan jumlah cukai 11 peratus.


"Kesan GST dan caj servis ini memberi implikasi yang besar kepada kenaikan harga barang," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat berkata beliau akan membawa isu tersebut ke Dewam Rakyat susulan tindakan peniaga yang mengenakan caj berganda itu.

"Resit pembelian saya masih simpan nanti saya akan bawa ke Parlimen untuk mendapatkan pengesahan daripada kerajaan yang sebelum ini mengatakan caj servis tidak dikenakan lagi bila GST dilaksanakan.

"Menteri Kewangan II sebelum ini berkata caj servis tidak kena (dicaj kepada pengguna), caj 10 peratus itu tiada lagi, yang tinggal hanya enam peratus saja. Sekarang ini kenapa masih ada lagi (caj servis)," soalnya.

Dalam pada itu, Abdullah turut menyifatkan GST masih gagal menyeragamkan cukai-cukai sedia ada termasuk SST dan caj servis.


"Saya tengok keadaan ini sangat kritikal apabila caj servis ini dikenakan di restoran makanan yang dikunjungi oleh rakyat biasa kerana alasan kerajaan perkenalkan GST untuk seragamkan cukai-cukai sedia ada untuk meringankan beban rakyat.

"GST masih gagal seragamkan cukai-cukai sedia ada dan ia hanya merunsingkan rakyat.

"Sekarang ini bila tengok dalam resit tertera caj servis dan ditambah pula dengan GST, ia benar-benar menganggu permikiran kita," katanya lagi.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top