Nuffnang

WOW!!! Azmin Ada Berita Gembira Buat Blogger?



Hebat Azmin, baru beberapa hari menjadi MB, dah macam-macam janji ďan tindakan yang telah dan akan diambil. Untung la rakyat Selangor.....



Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menafikan dakwaan yang dibuat bahawa pihak Kerajaan Negeri bersetuju memperuntukkan sebanyak RM1 billion bagi menampung penarikan subsidi yang dilakukan adalah Kerajaan Pusat.

Azmin di dalam Facebook miliknya telah menyatakan bahawa sebaran yang dilakukan itu tidak benar.

“Sebaran di media sosial konon Kerajaan Selangormemperuntukkan RM1 billion untuk menangani kenaikan harga minyak adalah tidak benar dan palsu,” tulisnya di Facebook.

Perkara itu disebarkan oleh sebuah portal di dalam portal Facebooknya beberapa jam yang lalu. Sepanjang tempoh itu, ia telah dikongsi seramai 163 pengguna Facebook yang lain.

Bagi pengguna Facebook, Cindy Hui Ting, beliau meminta supaya Menteri Besar yang baru sahaja dilantik agar bertindak melakukan saman kepada blogger tersebut, “Sue this blogger!!!,” tulisnya.

Manakala, bagi pengguna Aiman Aery, dia menyeru supaya Kerajaan Negeri menghapuskan dahulu tol di negeri Selangor, “hapuskan TOL dulu, Selangor negeri banyak TOL,” tulisnya. ~free malaysia today

Share this article

1 Komen:

  1. Kasian selangores, lari dari mulut rimau masuk mulut buaya, hu hu hu

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top