DR HALIMAH ALI, mantan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan, Negeri Selangor memohon ampun dan maaf kepada semua pihak sekiranya ada tersilap dan tersalah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja sepanjang beliau menjawat jawatan Exco di bawah Kerajaan Negeri Selangor.
Beliau adalah di antara Adun dari PAS yang tidak terpilih untuk menjadi Exco di bawah MB Selangor yang baru, YAB Azmin Ali. Tidak terpilihnya beliau bukan kerana beliau tidak bagus tetapi adalah kerana ingin memberikan peluang kepada Adun-Adun lain untuk memikul amanah yang amat berat itu.
Begitu juga dengan Adun dari PKR, YB Rodziah yang juga tidak terpilih semula untuk jawatan tersebut.
Kepada Exco-Exco baru yang dilantik, adalah menjadi harapan rakyat untuk mereka melaksanakan amanah berpandukan kepada janji-janji PR dan manifesto PR bukannya untuk menyokong peribadi MB yang baru.
Seandainya mereka gagal, termasuk MB sendiri sudah tentunya rakyat akan menghukum mereka atau parti juga berhak menghukumnya sebelum rakyat bertindak.
MB dan semua Exco mestilah sanggup bekerja keras untuk meningkatkan prestasi Kerajaan Negeri Selangor bukan sahaja molek di atas kertas dengan duit yang terkumpul tetapi mestilah dibelanjakan secara total untuk kepentingan rakyat.
Rakyat berhak bertanya ke mana duit Kerajaan Negeri digunakan dan rakyat tidak lagi mahu tahu berapa banyak yang kamu simpan. Lupakan cara TSKI.
Selangor mesti ditadbir dengan merealisasikan semangat merakyatkan Selangor bukan sekadar ritorik dengan kemegahan menabung. Azmin Ali adalah harapan rakyat untuk melihat perubahan jauh lebih baik dari MB sebelumnya.
Jika Azmin gagal, walaupun beliau bukan pilihan parti pada asalnya tetapi parti tetap bertanggungjawab untuk menjawab kepada rakyat. Ada yang berpendapat PKR terutamanya boleh berlepas tangan jika Azmin gagal kerana Azmin bukan pilihan utama parti untuk menjadi MB.
Bagi aku, mahu tidak mahu kita terpaksa yakin Azmin boleh membuktikan pilihan Sultan yang kemudiannya diberi mandat oleh parti dan PR ini mampu untuk melakukan yang terbaik.
Azmin dan para Exconya diharapkan boleh berganding bahu untuk menjaga nama baik Tuanku yang memilihnya di samping tidak mencemarkan imej parti yang turut memberi kepercayan ke atasnya.
Kepada parti terutamanya PKR perlulah memantau lebih dekat hasil kerja Azmin dan para Exconya dan dapat membantu beliau untuk berkhidmat dengan lebih baik.
Rakyat akan menyokong kepimpinan beliau selagi rakyat tidak melihat kepincangan pentadbirannya. Jauhi diri anda dari sesiapa pun yang dilihat mengampu dan membodek anda sekarang. Kita tidak mahu lagi ada orang seperti Faekah di Pejabat MB Selangor.
Salam .....
BalasPadamRasa nak senyum sinis jer kat dr halimah kerana menanyakan benda yg gagal dibuat tski. Kalah TSKI bersalah kenapa kamu tak lantang bersuara? Kenapa? Takut? Munafik kamu ni dr halimah.
Kamu menyalahkan dgn tuduhan terhadap faekah tetapi adakah kamu keluarkan bukti?
Aku bukan penyokong pr mahupun sokong TSKI atau faekah tetapi aku menilai korang
Ada. Punya jangan risau kita cari yang lagi cun punya.
BalasPadamdua-dua tak da dalam kerajaan selangor
BalasPadam