Nuffnang

BOIKOT UPSR!!! TIADA LAPORAN DITERIMA PIBG



Beberapa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekitar ibu negara tidak menerima sebarang laporan berhubung murid yang tidak akan menduduki semula Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) esok.



Ketika dihubungi Bernama, mereka berkata segala persiapan berjalan lancar, meskipun, sebelum ini terdapat rungutan dan rasa dukacita pelajar yang terpaksa menjalani peperiksaan ulangan disebabkan masalah kebocoran.

Yang Dipertua (YDP) PIBG Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh Amir Azhar Osman berkata hasil perbincangan persatuan dengan pengurusan sekolah, dijangkakan keseluruhan 160 murid Tahun Enam sekolah berkenaan menduduki semula peperiksaan itu esok.

“Kami tidak terima sebarang maklumat yang mengatakan ada pelajar yang tidak akan datang esok”, katanya, sambil menambah selain kelas tambahan, pihak sekolah turut menyediakan makanan percuma kepada pelajar yang terlibat sepanjang peperiksaan.

Kertas ulangan tersebut diadakan ekoran kebocoran kertas peperiksaan UPSR awal melibatkan 472,853 murid yang mendudukinya di seluruh negara bermula 9 Sept lalu.

Berikutan itu, Lembaga Peperiksaan menetapkan peperiksaan ulangan kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 serta kertas Sains 018, 028 dan 038 berlangsung esok.

Tarikh baharu bagi ujian Matematik 015/1, 025/1, 035/1 dan Bahasa Tamil 036 dan 037 pula ditetapkan pada 9 Oktober.

Sementara itu, YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Taman Keramat 1, Rahamat Abdul Manan berkata 100 calon sekolah berkenaan telah menjalani kelas intensif lanjutan termasuk sesi motivasi bersama guru.

“Kelas intensif yang dianjurkan pihak sekolah sebelum UPSR sebenar berlangsung terpaksa dilanjutkan memandangkan pelajar perlu menduduki semula kertas itu.

“Untuk meningkatkan semangat dan keyakinan pelajar, mereka turut diberi kesempatan untuk melakukan latih tubi dan ulang kaji bersama guru ketika sesi pembelajaran biasa”, katanya.

YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Taman Keramat 2, Aidi Abdullah berkata 60 murid sekolah berkenaan akan menduduki semula peperiksaan itu.

“Sama seperti sekolah-sekolah lain, sekolah kami juga mengadakan kelas tambahan dan majlis bacaan Yasin untuk memberi semangat kepada pelajar”, katanya. – Bernama
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top