Nuffnang

VIDEO : PANASSS.....PAS Digesa Keluar Pakatan!!!


Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) menyarankan agar PAS bertindak serta-merta atau keluar daripada Pakatan Rakyat jika mereka tidak mahu memperbaiki konsensus dalam pakatan pembangkang.



Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu juga menggesa pemimpin-pemimpin PAS tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan Pakatan Rakyat.

Kaunselor Lensa, Ekhsan Bukharee berkata mereka perlu berbuat demikian bagi mewujudkan suatu ‘tempoh bertenang’ untuk semua parti dalam Pakatan Rakyat memperbaiki konsensus masing-masing.


Beliau berkata jika ini berterusan, masyarakat akan perlahan-lahan hilang kepercayaan terhadap Pakatan Rakyat khususnya PAS.

“Saya juga ingin menggesa PAS menyiasat dan mengambil tindakan yang perlu ke atas ahli termasuk pemimpin yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh menjejaskan perpaduan Pakatan Rakyat. Jika mereka berbuat demikian, saya yakin kepercayaan terhadap PAS dapat dikembalikan.

“Jika mereka gagal berbuat demikian, maka Lensa ingin mencadangkan PAS supaya menarik diri daripada Pakatan Rakyat,” kata Ekhsan di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, di sini, Selasa.

Ekhsan bersama dengan empat anggota Lensa yang lain menyerahkan surat yang ditujukan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang menyatakan kebimbangan mereka terhadap peranan parti dalam Pakatan Rakyat.

Surat itu telah diserahkan kepada Pegawai Komunikasi Pusat Media PAS Mohd Shahir Abu Hassan.

Menurut Shahir, surat itu akan diserahkan kepada pemimpin-pemimpin parti semasa mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat yang akan diadakan pada minggu kedua bulan Oktober, atau selewat-lewatnya pada 12 Oktober.

Lensa juga akan menyerahkan surat kepada parti lain dalam Pakatan Rakyat tetapi sebelum berbuat demikian, mereka perlu menyelidik dan mendapatkan fakta-fakta yang betul.

“Sejak langkah Kajang diilhamkan, kami mengkritik PKR tetapi PAS tidak boleh membuat keputusan dan kerana itu, krisis menteri besar terseret selama lima bulan. Jika mereka membuat keputusan yang cepat, isu ini boleh diselesaikan.

“Mereka yang tidak konsisten dengan kenyataan mereka. Kami mengemukakan surat ini kerana kami mahu PAS tahu apa yang mereka lakukan. Bagi PKR dan DAP, kita akan berbincang tetapi kita akan bertemu dengan mereka,” kata pengarah komunikasi Lensa Syukri Razab.

Share this article

2 Komen:

  1. Sekarang pun mejoriti rakyat di hilang kepercayaan,tapi bukan pada Pas.Rakyat hilang kepercayaan pada Anwar DAP dan PKR,kerana kuat temberang,habuk pun tarak.

    Kepada Lensa, cuba terangkan kepada kami,rakyat yg telah di perbodohkan apa baiknya Pakatan kepda rakyat berbanding dgn BN.

    BalasPadam
  2. habuk ada lah..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top