Nuffnang

TU DIA!!! ULAMA PAS "JUMPING SMASH" UMNO?


Keputusan PAS Pusat hari ini sangat mengecewakan Umno, tulis Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibahim Tuan Man menerusi facebook beliau.




Katanya, keputusan itu juga menutup mulut golongan yang cuba memecahkan PAS, menambah keyakinan kepada mereka yang ikhlas dalam perjuangan serta menggembirakan rakyat.


Mesyuarat PAS Pusat hari ini sebulat suara bersetuju mencadangkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.


"PAS tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor. PAS juga menghormati semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dalam mencadangkan nama calon Menteri Besar," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan selepas mesyuarat tersebut.


Sementara itu, Pemuda PAS Malaysia mengucapkan tahniah kepada Tuan Guru Abdul Hadi kerana telah berjaya mengemudi mesyuarat AJK PAS Pusat hari ini sehingga membuahkan keputusan yang dinamik. 


"Keputusan berjaya dicapai dengan persetujuan semua ahli mesyuarat tanpa sebarang bangkangan," tulis ketuanya, Suhaizan Kayat di dalam facebooknya.


Katanya, PAS pernah menyokong Khalid sebelum ini berdasarkan pendirian PAS dalam berhadapan Langkah Kajang kerana pada ketika itu, pandangan PAS kedudukan Menteri Besar tidak berbangkit.


Namun, ujarnya sokongan tersebut bertukar setelah Khalid digugurkan sebagai ahli PKR dan tidak lagi menjadi ahli PR kerana tahaluf syiasi PAS adalah dengan PKR bukannya dengan Khalid.


"Bahkan PAS menegaskan komitmennya terhadap PR dengan tidak menuntut jawatan Menteri Besar kerana menghormati semangat setiakawan bersama PKR dan DAP," tulisnya lagi. 

- HARAKAHDAILY 


Dimana "jumping smashnya?". Penulis pun tak faham dengan apa yang didakwa oleh Harakah ini. Yang penulis tahu, tindak tanduk Pas berhubung isu Menteri Besar Selangor ini hanya menjadi bahan lawak rakyat sahaja.

Pendirian yang berubah-ubah bukan sahaja menjadi seloka para penentang mereka, bahkan mengelirukan para penyokong mereka sendiri. 

Apa yang lebih menjadi persoalan di kalangan rakyat ialah dimana letaknya perjuangan Islam mereka apabila sanggup menjadi pak turut PR walau sebenarnya Pas mampu untuk mengetuai pentadbiran di Selangor.

Seharusnya pemimpin-pemimpin Pas sedar bahawa sokongan kepada mereka selama ini bukanlah kerana kekuatan PR, tetapi sebenarnya "perjuangan islam" yang didokong mereka.

Sekiranya Pas berterusan mengamalkan politik sebegini, apa bezanya PAS, UMNO dan PKR?
Share this article

11 Komen:

  1. PAS gelak kat orang padahal seluar dah terlondeh kat belakang. Orang dah bagi can perintah negeri terkaya dan termaju, boleh laksanakan hudu di dua buah negeri, boleh pulak dia pulang balik kata "Tak pe, terima kasih je lah"?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Parti Anjing Semalaysia yg dia tau cuma menganjing je la kejenya.. Anjing tak dpt makan taik hidu pun jadi la..

      Padam
    2. Anon 1:41...tuan mulut jahat kata kat ulama n org islam anjing!!semuga tuan mendapat hidayah n petunjuk...

      Padam
    3. kalau bukan anjing apa namanya menurut kat ketua tanpa membantah membontot ikut tuannya walaupon kepalanya diketuk menyalak untuk dapat perhatian tetap setia walau dihina

      Padam
    4. anon 1;41 mmg tak patut tulis sebegitu rupa. Tapi anon 7:58, muga tuan juga minta petunjuk dan hidayah pada parti PAS yg sentiasa berdusta pada rakyat dgn janji utk perjuangkan islam tapi pada hakikatnya jauh sekali. Contoh paling senang hasan ali dibuang kerana perjuangkan islam, kalimah allah tidak diperjuangkan dan banyak lagi.

      Padam
  2. Malu dgn melayu berserban, berkopiah. Lemah tenaga bathin..he..he..
    Sentiasa pucat dan layu tidak bermaya... Islam apa ke jadah nya !

    Nabi Muhammad SAW pun malu mengaku umat Nya.. tiada semangat juang...

    BalasPadam
  3. PAS parti paling bangang..bodoh tolol dan takde akal..cuma otak saje ..sama macam hewan hewan lain ...Lembu, Baghal, wild beast di Afrika...

    BalasPadam
  4. Kalau P Ramlee masih hidup pasti ada satu lagi film beliau buat gelak macam bujak lapok .... kahkahkahkahkahkahkahkah .. pelakon utama,.... LGE, Nuar< Mat Sebu ....

    BalasPadam
  5. Pemimpin "atasan" PAS jadi tak SIUMAN semata mata kerana dengkikan UMNO dan nak melihat UMNO Jatuh. Inilah MOTIVASI sebenar mereka !!!!.

    Mereka sanggup bersekongkol dan Jadi Balaci Pakatan Rakyat dengan satu tujuan sahaja iaitu untuk melemahkan UMNO. Dalam fikiran pemimpin PAS tiada lain selain merancang untuk melamahkan UMNO dengan apa cara sekali pun. Meraka ini sama sekali tidak Rasional didalam tindakan dan perancangan mereka....

    UMNO Tiada kena mengena dengan kekalutan mengenai siapa patut menjadi MB Selangor. UMNO hanya berminat untuk memastikan kestabilan dan momentum kemajuan di Selangor tidak terjejas...

    Dalam kemelut sekarang kedua dua nama Azizah atau Azmin sama sekali tiada merit untuk memimpin Selangor.

    TSKI - patut bertahajjud dan Istiqarah untuk mendapat petunjuk. Kalau Rakyat Selangor Sendiri sudah bosan dengan kemelut ini. Dapatkan pekenan Sultan utk bubar DUN.

    Kembalikan kepada rakyat untuk membuat keputusan. Mungkin kali ini Rakyat akan menghukum mereka.

    Aku cuma kesian kepada sahabat sahabat di dalam PAS di Peringkat "Akar UMbi" yg benar benar Ikhlas untuk menegakkan Islam (Kononnya) ...tetapi kesetiaan dan sokongan mereka telah di Hijack oleh pemimpin "atasan" mereka yg senang di "KELDAIKAN dan DILEMBUKAN oleh 2 Pemimpin Malapetaka Malaya ....

    BalasPadam
  6. UMNO tak de kena mengena pun, tak relevan langsung.
    Cer teka, binatang apakah ini ?
    Kalau diacah dia menyalak,
    Kalau tak diacah pun dia menyalak.

    BalasPadam
  7. PAS nak mkn lo ja.....!

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top