Nuffnang

TRAGEDI : PEMIMPIN MUDA MAUT DALAM KEMALANGAN NGERI



AL-FATIHAH.....Seorang anak muda bakal pemimpin masa depan maut selepas digilis sebuah lori sebaik turun dari sebuah bas dalam kemalangan di Jalan Gambang berhampiran Universiti Pahang Malaysia (UMP) malam tadi.

Mangsa Abu Qassim Nor Azmi merupakan Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) maut ditempat kejadian ekoran kecederaan parah.



Menurut saksi, sebaik sahaja turun dari bas, Abu Qassim dilihat berjalan menuju ke kereta yang dipandu isterinya sebelum digilis sebuah lori.

“Arwah nak masuk pintu dibahagian pemandu sebelum lori rempuh dan gilis arwah.

“Keadaan jenazah hampir hancur” menurut saksi.

Ya Allah.....sedihnya. Bayangkan keadaan isteri beliau yang menyaksikan kejadian di depan mata.

Saksi turut berkata, sebaik melanggar mangsa, pemandu lori tersebut memecut laju dan melarikan diri.

Sejurus selepas di bawa ke hospital, jenazah mangsa kemudiannya dibawa ke Masjid Tanah Putih Baru, Kuantan untuk dimandi dan dikapankan.

Jenazah seterusnya dibawa pulang ke kampungnya di Taman Tuanku Jaafar, Senawang untuk urusan pengkebumian.


Maliki, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) turut sebak ketika menziarahi arwah


Semasa hayatnya, Abu Qassim dikatakan seorang yang aktif dalam persatuan yang memperjuangkan isu-isu berkaitan belia.

Penulis yang juga mengenali arwah merakamkan takziah kepada isteri dan keluarganya.....

Al-Fatihah....



Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top