Nuffnang

GAMBAR : #MH17 - BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL...




Tiada siapa yang menduga, apatah lagi meminta.... namun kuasa dan perancangan Allah tiada sesiapa yang dapat menafikannya.

Kumpulan pertama jenazah mangsa nahas pesawat penerbangan MH17 selamat tiba di tanahair hampir 40 hari selepas insiden yang mencampakkan negara ke dalam tragedi berganda melibatkan syarikat penerbangan Malaysia Airlines.


Jalur Gemilang di seluruh negara dikibarkan separuh tiang bagi mengenang semua 298 penumpang dan anak kapal dan secara khusus 43 anak watan yang menaiki pesawat malang yang terhempas selepas ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.


Kumpulan pertama ini melibatkan 20 jenazah penumpang dan anak kapal yang telah dikenal pasti identiti mereka serta mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa Belanda untuk dibawa pulang ke Malaysia.


Istiadat penghormatan jenazah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur disertai oleh Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta dif-dif kehormat dan orang kenamaan. Istiadat dikelolakan oleh Briged ke-12 Infantri Malaysia melibatkan 450 orang anggota.


Pesawat khas MAS yang berlepas dari Schipol pada pukul 9.40 malam Khamis waktu Malaysia mendarat di KLIA tepat pukul 9.54 pagi tadi.


Sejurus kemudian, satu demi satu keranda dibawa turun dengan hormat dan cermat oleh kumpulan pengusung terdiri daripada sembilan orang.



















Share this article

1 Komen:

  1. semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..AL-FATIHAH untuk yg beragama Islam..semoga ahli keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top