Nuffnang

SEBARAN SEGERA!!! AL-QUR'AN PALSU VIRAL DI INTERNET



Teknologi siber memberi kemudahan kepada seluruh dunia, malangnya penyelewengan berlaku dengan menyaksikan penyebaran maklumat palsu tentang Islam.



Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan bimbang pihak tertentu mengeksploitasi teknologi itu mengakibatkan ramai umat Islam tertipu.

“Penyebaran maklumat palsu mengenai Islam, salinan Al-Quran dan hadis dicemari menyebabkan gangguan sosial dan tarikan kepada kepercayaan palsu yang bercanggah dengan Islam,” katanya.

Surah Al Imran dalam Quran Android dipalsukan

Beliau berkata demikian dalam kertas khas pada Persidangan Dunia mengenai Pemikiran dan Tamadun Islam 2014 (WCIT2014) bertema “Kebangkitan dan Kejatuhan Tamadun: Kedudukan Kontemporari Hal Ehwal Islam” di sini pada Isnin.

“Malah, terdapat masyarakat Islam yang telah murtad kerana terpengaruh dengan maklumat palsu yang menawarkan keseronokan jangka pendek.

“Memandangkan potensi ancaman yang wujud dalam era revolusi digital, ia sudah tentu tidak bijak untuk menolak momentum yang tercetus akibat fenomena ini,” kata beliau.

Ahmad Zahid berkata, semua badan Islam profesional perlu membina system bagi memantau maklumat sahih yang boleh menapis pelbagai laman web yang dapat diterima daripada perspektif Islam.

“Banyak agensi berkaitan perlu mengkaji perkara ini. Antara lain, agensi berkaitan pendidikan, undang-undang, komunikasi, multimedia, keselamatan, pertahanan dan lain-lain,” tambah beliau.

Beliau juga mencadangkan Malaysia menubuhkan Hab Inovasi Islam Antarabangsa yang pertama di Kuala Lumpur untuk mengorak langkah ke arah mewujudkan tamadun baharu  Islam.

Dunia Islam perlu menguruskan sendiri aset, ulama, saintis, ahli teknokrat, usahawan dan semua umat Islam mestilah menjadi penggerak inovasi yang akan mengeluarkan mereka daripada belenggu pergantungan, kata beliau.

Beliau berkata dunia Islam dan tamadunnya dihormati dan dicontohi kerana ilmunya.

Ahmad Zahid juga berkata dunia Islam perlu mempunyai indeks urus tadbir komprehensif dikenali sebagai Indeks Urus Tadbir Syariah Islam (ISGI).

“Melalui ISGI, kita dapat mengetahui rentak sebenar kita, sama ada kita berada dalam landasan yang lurus atau tidak dan yang penting, sama ada kita secara sistematik menyesuaikan standard kita ke taraf dunia dan pada masa yang sama mematuhi Syariah,” kata beliau.

WCIT2014, anjuran Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak, menghimpunkan pemikir dan ahli akademik Islam untuk berkongsi ilmu dan pandangan berhubung pelbagai isu daripada perspektif Islam.

Selain Malaysia, peserta adalah dari Algeria, Botswana, Mesir, Indonesia, Jordan, Libya, Nigeria, Oman, Pakistan, Arab Saudi, Tunisia, Emiriah Arab Bersatu dan Yaman. – bnbbc.my

SEBARKAN DEMI KEMASLAHATAN UMAT!!!
Share this article

2 Komen:

  1. Tidak ada seorang manusia yang akan berjaya memalsukan Al Quran melainkan Allah akan menunjukkan kepalsuannya. Mereka yang hafiz akan menjumpainya.

    BalasPadam
  2. Benar sekali.

    Ucapan Zahid di KUISAS sebenar nya yang mesti kerajaan realisasikan secara serius. Selari Ulul AlBab yang di sarankan dalam AlQuran.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top