Nuffnang

MEMALUKAN : PEGAWAI POLIS KANTOI DI DANOK!!!



Tindakan seorang pegawai polis membawa isteri dan anaknya untuk mengaburi pihak berkuasa tidak berhasil selepas dia ditahan ketika cuba menyeludup keluar kereta mewah Toyota Vellfire di sempadan Malaysia-Thailand di sini, Jumaat lalu.



Dalam kejadian jam 9 malam itu, pegawai polis berpangkat inspektor berusia 40-an itu dipercayai membawa isteri serta anaknya bagi mengelak ditahan pihak berkuasa dalam usahanya membawa masuk kereta curi berkenaan ke Thailand.

Difahamkan, suspek bertugas di Jabatan Logistik Bukit Aman bersama isterinya berusia 30-an serta anak perempuannya berusia lima tahun itu ditahan dalam cubaan keempat mereka menyeludup keluar kereta curi.

Sumber berkata, suspek ditahan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Bukit Kayu Hitam di sekatan jalan raya UPP selepas menerima risikan.

“Suspek mengaku cuba membawa masuk kereta curi ke negara jiran, malah menggunakan nombor pendaftaran palsu pada kereta itu sebelum ditahan di kilometer 1.3 Jalan Bukit Kayu Hitam, di sini.

“Ketika ditahan suspek membawa beg pakaian dirinya serta keluarga di dalam kereta dipercayai untuk bermalam di negara jiran sebelum pulang ke tanah air.

“Kami tidak pasti sama ada suspek beroperasi sendirian di dalam sindiket itu atau mengambil upah membawa masuk kereta daripada sindiket lain,” katanya, di sini semalam.

Menurut sumber, pihaknya tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana masih dalam siasatan.

“Kereta dipandu suspek dilaporkan hilang pada 3 Oktober 2012 di Subang Jaya, Selangor.

“Kami akan mendapatkan kerjasama daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya bagi tindakan lanjut,” katanya.
Share this article

1 Komen:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top