Nuffnang

PLUS : Sesuatu Yang Rakyat PERLU TAHU!!!





Sebagai pengguna dan juga rakyat, anda perlu BACA Pendedahan di sebalik CUBAAN mengambil alih Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) ini. Satu konsesi yang menjana pendapatan dan pembangunan buat negara.

Suka ditekankan di sini, bukanlah kepentingan PLUS dalam pembangunan negara yang hendak diutarakan. Sebaliknya untuk mengetengahkan tindakan pihak Idaman Saga yang cuba memperbodohkan kerajaan di atas tindakan mereka yang kononnya cuba memberikan "political milleage" kepada kerajaan dengan inisiatif "MENGEKALKAN KADAR TOL SELAMANYA" sekiranya mereka diberikan pemilikan ke atas PLUS.

Sekali pandang, memang nampak "menarik" cadangan tersebut memandangkan perjanjian kerajaan membenarkan kadar tol disemak beberapa kali. Dan kenaikan ini lazimnya akan membawa kepada kemarahan rakyat yang mana kebergantungan mereka kepada lebuhraya terpanjang ini tidak dapat dielakkan.

Namun, cuba baca, fikir dan analisis beberapa point di bawah ini sebelum sebarang kesimpulan dibuat:

  • Persoalan utama yang timbul adalah kenapa konsesi lebuhraya seperti Litrak - LDP tidak disambar oleh syarikat-syarikat gergasi memandangkan ianya juga mampu menyumbang kepada keuntungan besar sekiranya dilihat dari jumlah kenderaan yang menggunakannya melebihi 700K?
  • Kadar pertumbuhan operasi juga dianggarkan meningkat dua kali ganda selepas 10 tahun beroperasi.
  • Perbelanjaan mengurus operasi LDP dan LITRAK masih terkawal pada kadar terendah.
  • Kumpulan telah mengumumkan keuntungan bersih berjumlah RM33.15 juta bagi suku tahun pertama 2014. Pendapatan RM93.94 juta melonjak 1.3% berbanding angka tahun lepas (RM92.72 juta) dipengaruhi faktor pertambahan jumlah kenderaan pada suku tahun semasa.
  • Rombakan kadar tol baru dijangka akan dilaksanakan pada 2015 bakal mempertingkatkan pendapatan yang sedia ada.



Persoalan mengapa Idaman Saga ingin mengambil alih PLUS dan bukannya syarikat konsesi tol yang lain ialah kedudukan strategik tanah-tanah dalam PLUS Berhad sepanjang lebuh raya tersebut.

Kawasan sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan termasuk hentian R&R sedia ada jika dibangunkan secara komersial tanpa mengambil kira faktor alam sekitar dan keindahan setempat boleh memberi pulangan hartanah yang lumayan kepada PLUS BERHAD.

Sudah tentu pengkomersialan yang intensif akan membolehkan Idaman Saga membuat keuntungan berlipat kali ganda dan melupuskan (offset) kerugian dari penentuan harga tol yang murah dan tetap.

Namun dalam jangka masa panjang, jika ini berlaku ia bukan sahaja merugikan negara malah mengancam aset alam sekitar negara yang sangat bernilai.

Apakah kita mahu melihat sepanjang lebuh raya Utara-Selatan akan dipenuhi bangunan-banguan komersial dan papan-papan iklan gergasi diletakkan secara besar-besaran?

Sudah tentu juga kaedah pengurusan hari ini yang menggambarkan Lebuh Raya Utara Selatan sebagai jalan raya mesra alam sekitar yang menyamankan akan hilang sekelip mata bila ia diuruskan untuk meraih keuntungan maksima - SUMBER
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top