Nuffnang

TIDAK SENSITIF ATAU PROKSI!!! Bendera Israel DiNaikkan Di Sabah!!




Penulis tidak dapat menerima apa jua alasan sebenarnya berhubung isu ini. Sudah satu Malaysia tahu bahawa kerajaan Malaysia sama sekali tidak mempunyai sebarang hubungan diplimatik dengan kerajaan Israel. Apatah lagi oleh pengusaha pelancongan yang semestinya amat maklum perihal ini.

Adakah pengusaha resort ini sendiri bukan warganegara? Seharusnya tindakan seperti ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia merupakan salah satu tindakan berbentuk subversif. Kepada pihak berkuasa, jangan dilihat perkara ini sebagai kesalahan kecil dan terlepas begitu sahaja. Itu pun mujurlah ada warganegara kita yang peka dan prihatin dengan "kehadiran" bendera Israel tersebut.

Perlu disemak siapa di belakang RESORT ini!!! Kerana "kehadiran" bendera itu sendiri merupakan misteri yang perlu dirungkai, apatah lagi menaikkannya sebaris dengan bendera-bendera lain.


Kenyataan Rasmi

8/4/2014

Kenyataan AQSA SYARIF Berhubung Isu Pengibaran Bendera Israel di Tuaran, Sabah


AQSA SYARIF peka dengan isu bendera Israel yang dikibarkan di Hotel Raintree Beach Resort di Tuaran, Sabah sepertimana yang digembar-gemburkan menerusi portal berita dan laman sosial. 

AQSA SYARIF telah mendapatkan maklum-balas daripada pihak pengurusan Raintree Beach Resort berhubung dengan perkara ini. AQSA SYARIF mendapati bahawa isu ini berpunca daripada kelemahan pihak pengurusan resort yang kurang peka dengan sensitiviti masyarakat terhadap konflik Palestin-Israel. Pihak pengurusan resort telah mengakui kesilapan mereka membiarkan bendera Israel ini berkibar di luar pengetahuan mereka sejak Januari 2014 sebelum disedari oleh orang awam semalam (7 April 2014).

AQSA SYARIF menghargai tindakan segera pihak resort menurunkan bendera Israel tersebut sejurus selepas isu ini dibangkitkan. Namun, kami berharap pihak resort akan lebih peka dan sensitif dengan isu seperti ini di masa-masa akan datang.

AQSA SYARIF menyeru seluruh warga masyarakat untuk terus mempertingkatkan kesedaran tentang isu kemanusiaan di Palestin agar hal seperti ini tidak berulang lagi.

Prof. Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi AQSA SYARIF BERHAD
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top