Nuffnang

APE KES? Azmin Diarah Keluar Dewan!!!



Mohammed Azmin Ali tidak berpuas hati dengan tindakan kedudukan usulnya berkenaan perilaku hakim diletakkan sebagai perkara terakhir dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini. 


Ahli Parlimen Gombak, Mohd Azmin Ali diarahkan keluar dari Dewan Rakyat hari ini setelah mempertikaikan keputusan yang dibuat yang Dipertua Dewan Rakyat.

Mohd Azmin kecewa dengan tindakan meletakkan usul yang dibawanya berkaitan perilaku hakim sebagai perkara terakhir dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini.

Katanya, keputusan yang dibuat oleh Yang Dipertuan Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sangat mengecewakan dan alasan yang diberikan tidak kukuh.

“Saya minta penjelasan mengapa usul penting dan menepati perlembagaan untuk membincangkan perilaku hakim ditolak sewenang-wenangnya.




“Usul kerajaan setakat nombor enam. Kenapa tidak letak usul saya di nombor tujuh?” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.

Dalam usulnya, Azmin meminta Dewan Rakyat membincangkan perlaku tiga hakim Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat yang dihadapinya.









Share this article

1 Komen:

  1. Inilah Wakil Rakyat perabih duit Rakyat.

    PKR, DAP & PAS. Projek untuk Kroni, Rasis, Kebas duit Orang Kampung masuk poket Tukang Klentong.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top