Nuffnang

PANAS!!! Azmin "DIFITNAH" Akhbar Suara Keadilan, Bakal Saman Kolumnis!!



Aktivis Hishamuddin Rais tidak akan meminta maaf kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali berhubung tulisan yang dimuatkan dalam salah satu kolum akhbar Suara Keadilan.

"Tidak, saya tidak akan meminta maaf. Jika saya katakan hujan basah, adakah ia satu perkara yang boleh disaman? Adakah saya menyatakan yang benar atau sebaliknya?," katanya.

Azmin dilaporkan telah mengesahkan permulaan prosiding undang-undang terhadap dua editor akhbar Suara Keadilan dan Hishamuddin terhadap apa yang didakwanya sebagai artikel fitnah.

Kedua-dua editor Najib Hashim dan Zulkiflee Anwar Haque (Zunar) bertindak balas dan menyiarkan permohonan maaf dalam akhbar edisi minggu lepas.

Artikel yang menjadi bahan perdebatan itu telah diterbitkan dalam akhbar Suara Keadilan pada 11 Februari. Hishamuddin merupakan kolumnis tetap untuk akhbar tersebut.

Minggu lepas, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata parti itu telah memilih lima anggota untuk jawatankuasa mencari fakta yang diketuai oleh Ketua Penerangan Dr Md Nor Manuty untuk berjumpa dengan pasukan editorial penerbitan itu.

Hishamuddin dalam ruangan tetapnya menulis analisis tentang kemelut antara Azmin dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Hishamuddin mendakwa Azmin 'mewarisi DNA Umno' dan ia tidak menyenangkan PAS dan DAP yang merupakan parti komponen Pakatan Rakyat.

Hishamuddin dalam tulisannya juga mendakwa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saifuddin Nasution, Abdul Khalid dan beberapa pemimpin lain juga mempunyai 'DNA Umno'.

"Mungkin PAS dan DAP juga menyedari dan terpengaruh apabila mengetahui bahawa sosok yang bernama Azmin Ali ini tidak diminati ramai dalam PKR sendiri. Azmin Ali disurahkan sebagai pemilik DNA United Malays National Organisation. Azmin disurahkan sebagai sedang membawa budaya gerombolan ‘lanun Melayu’ ke dalam badan politik PKR.

"Jika ini hujahnya - sayugia diingatkan bahawa bukan Azmin Ali seorang sahaja yang memiliki DNA gerombolan Ketuanan Melayu. Ramai pemimpin tertinggi PKR memiliki DNA yang sama. Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, Saifuddin Nasution, Johari Abdul, Rahim Ghouse – adalah watak-watak yang dikenali umum yang memiliki DNA United Malaya National Organisation. Jangan kita lupa bahawa Khalid Ibrahim juga adalah DNA ‘budak ekonomi’ United Malays National Organisation. DNA inilah yang membolehkan si Khalid ini menjadi kaya raya malah berupaya untuk berhutang berjuta ringgit," tulis Hishamuddin.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top